Keadaan rumah selepas kejadian kebakaran di Rancangan Klias.
BEAUFORT : Rumah seorang pesara polis hangus dijilat api di Kampung Rancangan Klias di sini pagi kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Mohd Hasbullah Nenggok berkata, pihak beliau menerima panggilan kecemasan pada jam 10:06 pagi kelmarin dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang berada 20 kilometer dari balai.
"20 anggota keseluruhan termasuk 10 Pegawai Bomba Bantuan BBP Beaufort yang tiba di lokasi segera melakukan Ops menyelamat dan memadamkan api menggunakan sumber air dari jentera bomba.
"Sebuah rumah 35x25 kaki persegi musnah terbakar manakala sebuah rumah yang berada berhampiran terjejas di bahagian dapur seluas 15x25 kaki persegi.Kebakaran dapat dikawal oleh anggota bertugas daripada merebak dengan lebih besar." Katanya.
Menurut beliau juga tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.
Operasi menyelamat dan memadam api ditamatkan kira-kira jam 2:30 petang kelmarin.
Sumber : Utusan Borneo
Sumber : Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment