Monday, 15 June 2020
Harga minyak sawit dijangka naik atas permintaan oleh China,India,Pakistan
KUALA LUMPUR : Harga minyak sawit dijangka akan melonjak setelah dirangsang permintaan daripada India, China, Pakistan.
Niaga hadapan minyak sawit melonjak pada 11 Jun lalu dengan peningkatan keyakinan bahawa negara pengguna utama seperti India, China dan Pakistan akan meningkatkan pembelian selepas tertangguh akibat penularan pendemik COVID-19.
Mulai Ogos, Kontrak minyak sawit meningkat sebanyak 1.4 peratus kepada RM2,381 satu tan, sebelum ini didagangkan pada RM2,378.
Import China dari Malaysia sebagai negara pengeluar kedua terbesar minyak sawit, meningkat sekitar 74 peratus berbanding bulan sebelumnya dalam tempoh 10 hari pertama bulan Jun, dalam pada itu juga pembelian India turut melonjak 163 peratus dan penghantaran ke Pakistan melonjak 250 peratus, menurut syarikat juru ukur kargo SGS Malaysia Sdn Bhd.
Malaysia telah berjaya meningkatkan jumlah eksport sebanyak 64 peratus dalam tempoh berkenaan, katanya.
Angka itu selaras dengan laporan yang dikemukakan Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada Rabu yang menunjukkan simpanan minyak sawit di negara ini turun untuk pertama kalinya dalam empat bulan menjadi 2.03 juta tan bulan lalu daripada 2.04 juta tan pada bulan april.
Minyak masak yang paling banyak digunakan di dunia itu berada dalam arus kenaikan untuk minggu kelima, yang juga paling tinggi dalam tujuh bulan.
Setelah melonggarkan langkah kawalan pergerakan, prospek permintaan telah bertambah cerah, dan dalam masa yang sama juga restoran mula dibuka semula begitu juga dengan sekolah yang dilakukan secara beransur-ansur.
Kenaikan harga minyak sawit juga disokong oleh pemulihan harga minyak mentah, yang meningkatkan daya tarikan biofuel.-Bloomberg
Ini merupakan satu berita baik kepada peladang-peladang kelapa sawit di Malaysia seterusnya akan mampu membaiki ekonomi mereka sekeluarga setelah terjejas disebabkan oleh pendemik COVID-19.
Sumber : Berita Haria Online.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYYsgUgBXd4JC_GxBCmDbR_XUyzl4bEwY21Ihv9fdMFJA6PIJJxS3odr8TBB4xPe8qSf3vnZUVppqHaVnpf-bY-leMczLzbTfKRA32MDk8kiL5BduIrh_JekKYlfapYQ3YDbupL1tgkso9/w382-h217/bpr-2021.jpg)
-
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas di televisyen hari ini. Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapa...
-
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri adalah satu helah. Ini adalah langkah unt...
-
KUALA LUMPUR : Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik sebanyak lima sen manakala bagi diesel pula naik sebanyak dua sen bagi tempo...
No comments:
Post a Comment