Saturday, 6 June 2020

Rakyat akan hidup bersama 'Assasin' yang tidak kelihatan.



KUALA LUMPUR : Apa pun yang bakal diputuskan oleh Perdana Menteri sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan atau dilanjutkan atau mungkin digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPB) di kawasan yang berisiko tinggi, kita sebagai rakyat akan terus hidup dengan cara baharu 'ditemani' oleh makhluk yang tidak kelihatan mata kasar iaitu COVID-19.

Satu kenyataan yang dikemukakan di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan bahawa, virus COVID-19 ini telah mengubah kehidupan manusia sejagat, termasuklah kita sebagai rakyat Malaysia.

Katanya, apapun pengumumam Perdana Menteri, kita telah menjadi sebahagian sejarah apabila pertama kali negara menguatkuasa PKP pada 18 Mac lalu.

"Penyakit coronavirus-19 atau COVID-19 telah mengubah kehidupan manusia sejagat, termasuk kita semua di Malaysia. Tidak pernah terbayang, rutin harian kita berubah sekelip mata.

"Pusat beli belah ditutup, pengangkutan awam berhenti beroperasi, jalan raya sunyi sepi, lapangan terbang ditutup malahan kedai serba aneka yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu 365 hari setahun, 7 eleven beroperasi dengan had masa.

"Sejak 18 Mac lalu, kita jaga kita walaupun tidak mengenali sesama sendiri, Setiap hari kita memanjatkan doa kepada sang Pencipta agar tiada rakyat kita dijangkiti dan meninggal dunia. Sejak PKP, kehidupan manusia sejagat terkesan. Suka atau tidak, ini adalah pengalaman yang akan dicatat dalam sejarah negara ini.

"Masak apa tak jadi hari ini, Cik Kiah sehinggalah tarian shuffle Ke Sana Ke Sini, ia akan kekal dalam ingatan kita dan COVID-19 menyebabkan warga Malaysia tidak dapat melaksanakan tradisi balik kampung yang menjadi kebiasaan ramai dimusim perayaan.

"Tiada tradisi balik kampung sempena Aidilfitri, sambutan Hari Kaamatan dan Pesta Gawai tidak seperti kebiasaan adalah pengorbanan kita untuk negara." katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan menyatakan sumbangan dan jasa barisan hadapan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata dan hanya tuhan yang mampu membalas jasa mereka.

"Jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan kerana kepatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah kejayaan awal untuk semua rakyat Malaysia.

Apapun keputusan yang akan diumumkan nanti, kita semua akan hidup dengan norma baharu 'ditemani' COVID-19. Tiada siapa yang tahu bila kita akan kembali hidup norma biasa. Harapan kita adalah agar vaksin ditemui dengan segera.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia janganlah leka terhadap penjagaan kebersihan diri kerana ia amat penting dalam kehidupan kita kini. Warga Malaysia diseru agar mengelakkan 3C, iaitu jauhi kawasan yang sesak (Crowded place) , elakkan kawasan sempit (Confined space) dan elakkan bersembang dengan jarak yang dekat (Close conversation).

Apa yang patut kita amalkan di kehidupan norma baharu ini ialah 3W, iaitu mencuci tangan dengan air dan sabun atau handsinitizer (Wash), memakai penutup muka di tempat awam (Wear) dan peka terhadap peringatan KKM (Warn).




Sumber : Berita Harian, Google


No comments:

Post a Comment

  KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...