Sunday, 21 June 2020

Ini antara yang terdapat dalam 'Sabah New Deal'



KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri Sabah telah mengemukakan satu lagi Pakej Bantuan COVID-19 fasa kedua atau dikenali sebagai 'Sabah New Deal' pada 18 Jun lepas. Apa yang kita ketahui bantuan ini bernilai RM240 juta. Hasrat ini adalah bagi membantu mengaktifkan, memulihkan dan menyuburkan kembali sektor ekonomi negeri yang terjejas berikutan pendemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bantuan itu dirangka dengan tiga objektif utama bagi mendepani cabaran suasana ekonomi merundum dan tidak menentu sekali gus memastikan ia seiring dengan langkah ke hadapan untuk beralih kepada amalan kebiasaan baharu.

"Tiga objektif yang dikatakan itu adalah mempercepat transformasi kepada ekonomi digital, memanfaat dan memperluaskan peluang ekonomi dalam bidang agromakanan dan memperkasakan sumber manusia serta menjana peluang perkerjaan baharu," Katanya.

Dana sejumlah RM35 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi menaik taraf semua pelayan komputer dengan menyediakan kelengkapan, peralatan serta aplikasi digital terkini dan tidak ketinggalan juga internet jalur lebar bekelajuan tinggi di bangunan pejabat kerajaan negeri, katanya.

Ketua Menteri juga turut berkata, barisan hadapan kerajaan negeri juga tidak melupakan sektor pertanian.Dengan itu kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan untuk sektor ini bagi memperluaskan lagi peluang ekonomi dalam bidang agromakanan juga seterusnya memberi peruntukan RM25 juta bagi pinjaman tanpa faedah kepada pengusaha bidang tersebut, dengan pembayaran pertama hanya perlu dibuat pada Januari 2021 dan berakhir pada Disember tahun yang sama.

"Selain itu, RM13.21 juta diperuntukkan bagi mewujudkan enam Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Hasil Tani iaitu di Sipitang, Keningau, Kota Marudu, Lahad Datu, Kundasang, Ranau dan Telupid.

"Rm21.15 juta pula diperuntukkan bagi meningkatkan kapasiti dan sekali gus menaik taraf kemudahan pemasaran dan logistik Sabah Fish Marketing Sdn Bhd," Katanya.

Dana RM20 juga turut diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah untuk memperkasa dan melatih semula para pekerja yang telah kehilangan pekerjaan termasuk mereka yang menganggur mahupun yang sedang mencari kerja.

Sektor pelancongan juga turut dirangsang kerajaan negeri kerana sektor ini merupakan antara yang terjejas teruk akibat wabak pendemik COVID-19 ini. Kerajaan Negeri menyediakan RM5 juta bagi insentif perjalanan dan geran dipadankan bagi program Perjumpaan, Insentif, Persidangan dan Acara, selain menyerdiakan geran khas RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan destinasi pelancongan, menurut Ketua Menteri.

Diskaun sebanyak 50 peratus juga turut diberikan ke atas bayaran masuk di semua destinasi pelancongan domestik untuk tempoh 6 bulan selepas dibenarkan beroperasi semula, katanya.

Turut diberikan skim pinjaman rumah panjang selama enam bulan
yang memanfaatkan seramai 584 orang peminjam melibatkan bayaran balik bulanan RM600,00, katanya.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi tujuan menyokong usaha berterusan membendung dan menangani penularan COVID-19 di Sabah, katanya.

Ini merupakan beberapa isi dalam bantuan COVID-19 fasa 2 atau nama lainya 'Sabah New Deal'. Diharapkan bantuan oleh kerajaan negeri ini mampu untuk memulihkan semula ekonomi negeri Sabah selepas beberapa bulan terjejas akibat COVID-19.



Sumber : Utusan Borneo, Google.

No comments:

Post a Comment

  KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...