Dr Noor Hisham Abdullah-Foto/google
PUTRAJAYA : Bagi mengelakkan kekeliruan dan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab masyarakat diseru untuk merujuk senarai semua hospital dan klinik saringan COVID-19 swasta yang diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM).
Terdapat lebih 50 hospital dan klinik swasta seluruh negara yang diluluskan KKM untuk menjalankan saringan wabak COVID-19. -Dr Noor Hisham Abdullah.
"Kita ada senarai semua hospital dan klinik rawatan serta saringan COVID-19, orang ramai diminta untuk merujuk portal CPRC (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan) KKM," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 pada sabtu.
Masyarakat juga diseru oleh Dr Noor Hisham agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa dan KKM sekiranya mengetahui sebarang kegiatan penipuan dan pemalsuan dokumen saringan COVID-19.
Tegasnya, ia adalah satu kesalahan dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Lima lelaki Bangladesh ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pemalsuan dokumen keputusan negatif saringan COVID-19 bagi warga asing dalam serbuan di Jalan Tengkat Tong Shin, Kuala Lumpur pada 9 Jun lepas.
Berkaitan kes tukang gunting rambut warga Pakistan yang disahkan positif COVID-19 semalam,Dr Noor Hisham berkata, kes itu belum diklasifikasi sebagai kluster memandang hanya seorang yang disahkan positif.
Tindakan yang wajar sudah diambil dengan menjalankan saringan kepada kontak rapat dan mereka yang telah mendapatkan khidmat gunting rambut daripada tukang gunting rambut berkenaan.
"Kes yang positif (Tukang gunting rambut) sudahpun diasingkan dan dimasukkan ke hospital manakala kontak-kontak rapat, kita arahkan untuk kuarintin di rumah. Tuntas kata tindakan telah diambil dan siasatan sudah dijalankan," -katanya.
"Virus COVID-19 ini mengajar kita untuk menjaga kebersihan diri dan kita mengharapkan rakyat mengamalkan kebersihan dan langkah pencegahan agar kita semua terhindar dari wabak ini,"-katanya.
Beliau juga memberitahu bahawa virus ini masih ada dalam komuniti walaupun kita seolah-olah sudah berjaya mencantas penularan, namun begitu, penting untuk rakyat mengambil pendekatan serius dalam menjaga kebersihan diri dan amalan norma baharu.
Bersama kita kekang sindiket pemalsuan dokumen saringan COVID-19 ini demi menjaga kesejahteraan seluruh masyarakat di negara ini.
#KitaJagaKita
Bersama kita kekang sindiket pemalsuan dokumen saringan COVID-19 ini demi menjaga kesejahteraan seluruh masyarakat di negara ini.
#KitaJagaKita
Sumber : Astro Awani , Google.
No comments:
Post a Comment