Tuesday, 30 June 2020
Mengapa situasi ini bahaya sehingga boleh meragut nyawa? ini sebabnya.
Punca utama bagi 'Microsleep' adalah disebabkan tidur yang tidak cukup dan tidur yang tidak berkualiti.
Pakar keselamatan jalan raya, Prof Dr Khulanthayan KC Mani memberitahu, microsleep boleh berlaku dalam waktu yang singkat, mungkin dalam beberapa saat dan paling lama dua minit.
Tumpuan akan hilang, mata akan terlelap. Ini boleh membayahakan diri si pemandu dan juga pemandu yang lain.
"Kebiasaanya, microsleep akan berlaku dalam 2 keadaan, sedang memandu atau sedang menggunakan komputer," katanya.
Situasi seperti ini akan berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Ia amat membimbangkan kepada kita semua menurutnya.
"Jika mereka terlalu letih, peluang untuk kejadian microsleep amat tinggi. Mereka yang berisiko tinggi adalah mereka yang berkerja shift malam, tidak cukup tidur dan golongan insomnia," hujahnya.
Antara simptom yang dikenal pasti termasuklah mula rasa mengantuk yang teramat dan mata sukar untuk dibuka ketika sedang menjalankan aktiviti pemanduan, menggunakan komputer, dan juga telefon bimbit.
Selain itu juga, kehilangan fokus dan mood, serta hilang kawalan ketika memandu juga merupakan simptom seseorang itu menghadapi microsleep.
Cara paling berkesan untuk mengelakkan terjadinya hal ini adalah dengan menjaga waktu tidur dengan baik, kata Khulanthayan.
Ada beberapa cara untuk mengelakkan microsleep ini berlaku iaitu pertama memastikan tidur cukup iaitu 6 jam sehari.
Kedua, tidur yang cukup pada waktu malam. Ini amat penting kerana ia berbeza tidur 6 jam pada waktu malam dan siang.
Seterusnya. sekirannya mengantuk, cuba dapatkan power nap selama 20 minit," katanya.
Pada ahad lalu, ada satu kes seorang penuntut universiti awam, Amin Faiz Nohanil, 22 tahun, maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di kilometer 239.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Pedas-Linggi.
Setelah diteliti, nahas tersebut berkemungkinan berpunca dari microsleep yang dihadapi mangsa.
Satu kes lagi pada Mei tahun lepas, pengasas kosmetik Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia di Pattani, Thailand selepas kereta yang dipandu suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim merempuh sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan.
Ahmad Shah Rizal mengaku bahawa ia berlaku kerana beliau terlelap akibat terlalu letih.
Oleh itu, setiap orang digesa agar mengatur tidur setiap hari agar mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Semoga kita dihindari daripada menghadapi fenomena mircosleep ini kerana ia amat berbahaya sehingga boleh membawa maut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYYsgUgBXd4JC_GxBCmDbR_XUyzl4bEwY21Ihv9fdMFJA6PIJJxS3odr8TBB4xPe8qSf3vnZUVppqHaVnpf-bY-leMczLzbTfKRA32MDk8kiL5BduIrh_JekKYlfapYQ3YDbupL1tgkso9/w382-h217/bpr-2021.jpg)
-
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas di televisyen hari ini. Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapa...
-
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri adalah satu helah. Ini adalah langkah unt...
-
KUALA LUMPUR : Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik sebanyak lima sen manakala bagi diesel pula naik sebanyak dua sen bagi tempo...
No comments:
Post a Comment