Tuesday, 23 June 2020

Ini pendapat Ketua Pergerakan Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP).



KOTA KINABALU : Rayuan telah dibuat kepada kerajaan agar melanjutkan tempoh potongan harga untuk bil bekalan air dan elektrik yang tamat pada akhir bulan ini oleh Pergerakan Pemuda Parti Liberal Demokratik ( LDP ).

SIM FUI


Ketua (LDP) Sim Fui, mengetegorikan usaha tersebut mampu meringankan bebanan ekonomi kepada semua pengguna termasuk komuniti peniaga yang menerima impak yang teruk akibat pendemik COVID-19.

Beliau berhujah, Kerajaan Negeri telah memberikan kemudahan diskaun sebanyak 30% terhadap penggunaan bil elektrik dan juga bil air tanpa bayaran dari April lalu sehingga Jun ini bagi mengurangkan impak pendemik COVID-19 terhadap pengguna.

"Usaha ini telah memberikan manfaat yang besar kepada para pengguna dalam meringankan beban masing-masing.

"Namun begitu, kelebihan tersebut malangnya akan tamat pada hujung Jun ini dan pada masa yang sama sektor ekonomi masih lagi terjejas disebabkan COVID-19," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berharap, kerajaan negeri sekali lagi akan mempertimbangkan untuk melanjutkan pemberian diskaun terhadap bil elektrik dan air itu.

Secara logiknya, walaupun kerajaan telah merangsang ekonomi sehabis baik dan membenarkan lebih banyak sektor perniagaan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini, akan tetapi untuk memulihkan keadaan ekonomi masih memerlukan masa yang panjang.

"Perkara sebegini tidak akan dapat diselesaikan dalam masa 24jam sahaja, walaupun kini kita telah berjaya mengawal kes positif baharu COVID-19, akan tetapi komuniti perniagaan masih bimbang kerana wabak tersebut tidak mustahil untuk kembali sepanjang tempoh PKP pemulihan ini.

"Ombak besar atau gelombang kedua wabak ini boleh melanda pada bila-bila masa," katanya.

Menurut beliau juga, walaupun bukan semua perniagaan telah tutup tetapi ramai dalam kalangan perniagaan tidak lagi mampu untuk menampung keadaan ekonomi yang dihadapi terkini.

Lanjutan diskaun terhadap bil air dan elektrik mampu membantu golongan berkenaan bagi mengatasi tempoh yang mencabar ini setelah dilihat secara terperinci, katanya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan barisan hadapan dengan sumbangan serta pengorbanan yang diberikan.

"Tanpa mereka, usaha memerangi pandemik ini tidak mungkin akan berjaya dilaksanakan," katanya.




Sumber : Utusan Borneo, Google.





No comments:

Post a Comment

  KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...