Wednesday, 17 June 2020

Dua premis perniagaan yang dirindui ramai kini dibuka semula



KOTA KINABALU : Dalam fasa PKPP dua lagi premis perniagaan kegemaran ramai dibenarkan beroperasi di Sabah iaitu panggung wayang dan juga premis perkhidmatan kecantikan dan kesihatan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kebenaran itu membabitkan aktiviti solekan dan rawatan rambut, dandanan rambut, manikur dan pedikur, serta cuci dan rawatan muka.

Selain itu juga beliau turut berkata, aktiviti cukur jambang dan misai serta refleksologi dan urut juga dibenarkan beroperasi.

"Waktu operasi perniagaan hendaklah dijalankan seperti biasa tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berwajib.

"Kerajaan negeri juga mengingatkan rakyat Sabah untuk kekal mengamalkan penjarakan sosial sekurangnya 1 meter, memakai penutup muka di tempat awam dan menggunakan cecair pembersih tangan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ketua Menteri Sabah itu juga berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti dalam membendung penularan COVID-19.

Oleh itu, janganlah kita leka dengan segala kelonggaran yang telah diberikan ini, kita belum menang lagi. Teruskan disiplinkan diri kita pasti boleh.

#kitajagakita


Sumber : Utusan Borneo, Google.

No comments:

Post a Comment

  KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...