Foto - Google
SHAH ALAM : Tidak berdosa ke atas mereka yang tidak menerima 'kad jemputan' untuk menunaikan solat Jumaat, jelas Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Jika mereka tidak terpilih menjadi 40 jemaah ini atas alasan menerapkan langkah pencegahan yang diambil kerajaan untuk membendung COVID-19 boleh menggantikan solat Jumaat dengan solat zuhur.
"Sebagai umat Islam, kita perlu akur dengan ketetapan yang dibuat kerajaan walaupun berat untuk kita terima.Namun, ulil amri(Pemerintah) bertanggungjawab melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang terbaik demi menjaga kesejahteraan umum," katanya dalam satu kenyataan pada jumaat kelmarin.
Ketetapan itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini wabak Covid-19 yang belum ada vaksinya, maka langkah pencegahan untuk menjaga keselamatan dan nyawa tetap diteruskan berlandaskan prinsip maqasid syariah, kata Mohd Tamyes.
Bagaimanapun, pelaksanaan solat Jumaat di seluruh Malaysia harus dan diwajibkan mengikut garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam setiap negeri serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kepada mereka yang beruntung menerima jemputan untuk menghadiri Solat Jumaat diharapkan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pihak masjid agar kita dapat mencantas penularan COVID-19 ini.
Sumber : Astro Awani,Google.
No comments:
Post a Comment