Friday, 22 May 2020

'bekalan keperluan harian mencukupi orang awam tidak perlu risau'-Beaufortown




KOTA KINABALU: Bekalan barangan keperluan harian bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan masih mencukupi.Orang awam tidak perlu berasa bimbang.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung, berkata walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selain penularan wabak COVID-19, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan 2020 wajar dilaksanakan.




"Ia disebabkan permintaan pengguna ke atas barang keperluan harian tertentu untuk sambutan perayaan adalah masih tinggi.
"Bagaimanapun, tiada jaminan peningkatan harga tidak akan berlaku di pasaran walaupun bekalan barangan keperluan semasa mencukupi.
"Oleh itu, perlunya pelaksanaan skim bagi kedua-dua perayaan ini dibuat dengan beberapa penyesuaian tempoh masa dan barangan untuk memberi ruang kepada peniaga, memulihkan perniagaan mereka selepas melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Dan kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tanpa menjejaskan kepentingan pengguna mahupun peniaga," katanya pada sidang media selepas Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan 2020 di Bataras Kolombong, dekat sini, semalam.
Yang turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, Georgie Abas.
Sementara itu, Frankie berkata, 10 jenis barangan untuk ditentukan harga maksimum bagi pelaksanaan skim terbabit telah dikenalpasti oleh KPDNHEP Sabah sempena Aidilfitri manakala 11 barangan ditetapkan untuk skim harga untuk Pesta Kaamatan 2020.
"Antara barangan ini termasuklah ayam segar, ayam super, telur ayam gred A, B dan C serta daging kerbau import (India).
"Tarikh kuat kuasa skim harga maksimum untuk Hari Raya berlangsung selama 15 hari bermula 20 Mei hingga 3 Jun.
"Skim harga maksimum untuk Pesta Kaamatan pula akan bermula pada 28 Mei hingga 3 Jun iaitu selama tujuh hari," katanya.
Oleh hal demikian, kita sebagai rakyat Sabah tidak perlu panik terhadap bekalan keperluan harian kerana kita mempunyai bekalan yang mencukupi untuk semua orang.

Sumber : Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

  KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...