PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TAHAP 5 DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 2020 SECARA BERPERINGKAT DI NEGERI SABAH.
Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk membenarkan sektor pembinaan, penyelenggaraan dan sektor perhutanan beroperasi mulai daripada 08 Mei 2020.
>>SEKTOR PEMBINAAN DAN PENYELENGGARAAN<<
1. Kerja-kerja pembinaan bangunan, infrastruktur, kemudahan awam, lanskap dan lain- lain sektor pembinaan adalah dibenarkan untuk beroperasi.
2. Aktiviti penyeleggaraan seperti pembaikan dan pemuliharaan infrastruktur, bangunan, kemudahan awam, lanskap, pemotongan rumput, loji, janakuasa, pembentungan,saluran paip air, pengairan dan saliran dan sebagainya juga dibenarkan beroperasi.
3. Aktiviti berkaitan dengan rangkaian dan perkhidmatan sokongan kepada sektor pembinaan dan penyelenggaraan yang meliputi aktiviti kuari batu dan pasir , kilang simen dan klinker, pemotongan bukit dan penimbusan tanah, kedai hardware, pengangkutan bahan binaan dan sebagainya dibenarkan beroperasi.
4. Kerajaan negeri turut memutuskan bahawa kebenaran beroperasi sektor pembinaan dan penyelenggaraan secara bersyarat yang diluluskan sebelum ini di tarik balik dan terbatal dengan sendirinya.
>> SEKTOR PERHUTANAN<<
1. Aktiviti perhutanan huluan seperti peladangan hutan, restorasi hutan, silvikultur, pengeluaran dan pengangkutan hasil-hasil hutan, dan lain-lain aktiviti perhutanan huluan.
2. Aktiviti perhutanan hiliran yang melibatkan kilang papan, kilang vineer, kilang papan lapis, kilang perabot, kilang moulding, dan kilang-kilang lain yang memproses kayu.
3. Rangkaian dan perkhidmatan sokongan terhadap aktiviti huluan dan hiliran perhutanan seperti logistik pengangkutan darat dan laut, gudang, domestik retail serta import dan eksport.
Kebenaran beroperasi sektor-sektor di atas adalah tertakluk kepada Standard Operating Procedure (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan hendaklah disahkan bebas daripada COVID-19 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
-YAB KETUA MENTERI SABAH
08 MEI 2020 , 11.00 PAGI
Sumber info : FB New Sabah Times
No comments:
Post a Comment