KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun hingga 50 peratus bagi bayaran saman terpilih yang dibuat secara dalam talian, selama empat hari dari 18 hingga 21 Mei ini.
Pembayaran saman dalam talian itu boleh dibuat menerusi portal berikut :
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias
berkata diskaun itu dibuat kerana beliau paham bahawa kekangan kewangan dihadapi orang ramai akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Kita juga akan membuka kaunter perkhidmatan membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen secara berperingkat, mulai 18 Mei ini," katanya dalam satu kenyataan, pada 15 Mei lalu.
Beliau berkata, ini bertujuan memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.
Pembukaan kaunter bagi kontinjen Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan adalah pada :
Isnin dan Rabu - 9:00 pagi hingga 2:00 petang
Jumaat - 9:00 pagi hingga 12:00 tgh hari.
Bagi kontinjen di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu pula, kaunter akan dibuka pada
Isnin,Rabu serta Ahad - 9:00 pagi hingga 2:00 petang.
Beliau turut menyeru agar orang ramai yang ingin berurusan di kaunter supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sepenuhnya seperti yang telah ditetapkan.
Beliau juga berkata "Orang ramai diminta sentiasa mematuhi PKPB yang sedang dikuatkuasakan demi kebaikan bersama,"
Sumber : Google, Berita Harian.
No comments:
Post a Comment