Thursday, 21 May 2020

'Rakyat harus patuh SOP menjelang Aidilfitri'-Beaufortown




KOTA KINABALU: Seluruh rakyat disarankan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk mematuhi setiap arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) menjelang Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi. Setiap rakyat khususnya di Sabah amat diharapkan untuk patuh terhadap arahan ini untuk kebaikan bersama.

Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling berkata,"Biasanya semasa hari raya akan ada program ziarah dan rumah terbuka. Selain itu ziarah tanah perkuburan juga menjadi satu kebiasaan bagi masyarakat Islam. Bagaimanapun hari raya tahun ini pasti sangat berbeza," katanya.

Masyarakat perlu memahami bahawa setiap prosedur yang ditetapkan adalah bertujuan bagi kepentingan umum demi keselamatan dan kesihatan semua.

Beliau juga turut berkata masyarakat kini terpaksa hidup dengan norma baharu.Seperti tahun-tahun yang lalu kebiasaan pada musim perayaan seperti bersalaman dan berziarah adalah perkara yang normal namun raya pada tahun ini ia adalah satu perkara yang dilarang.Dalam kata lain suasana itu akan lenyap pada tahun ini demi menjaga sesama sendiri daripada risiko jangkitan Covid-19.

"Saya sangat berharap semua masyarakat mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Saya pasti kerajaan tidak lakukan semua perkara ini dengan sesuka hati. Semuanya yang dilakukan adalah bersebab dan sangat perlu untuk keselamatan semua".

"Keadaan negara nampaknya semakin baik daripada ancaman COVID-19. Saya yakin ia akan jadi lebih baik jika semua pihak memberi kerjasama terbaik," katanya.
Oleh itu, demi menjaga keselamatan semua kita haruslah patuh kepada segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
#kitajagakita

Sumber : Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment

  KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...