Tuesday, 30 June 2020

Mengapa situasi ini bahaya sehingga boleh meragut nyawa? ini sebabnya.



Punca utama bagi 'Microsleep' adalah disebabkan tidur yang tidak cukup dan tidur yang tidak berkualiti.

Pakar keselamatan jalan raya, Prof Dr Khulanthayan KC Mani memberitahu, microsleep boleh berlaku dalam waktu yang singkat, mungkin dalam beberapa saat dan paling lama dua minit.

Tumpuan akan hilang, mata akan terlelap. Ini boleh membayahakan diri si pemandu dan juga pemandu yang lain.

"Kebiasaanya, microsleep akan berlaku dalam 2 keadaan, sedang memandu atau sedang menggunakan komputer," katanya.

Situasi seperti ini akan berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Ia amat membimbangkan kepada kita semua menurutnya.

"Jika mereka terlalu letih, peluang untuk kejadian microsleep amat tinggi. Mereka yang berisiko tinggi adalah mereka yang berkerja shift malam, tidak cukup tidur dan golongan insomnia," hujahnya.

Antara simptom yang dikenal pasti termasuklah mula rasa mengantuk yang teramat dan mata sukar untuk dibuka ketika sedang menjalankan aktiviti pemanduan, menggunakan komputer, dan juga telefon bimbit.

Selain itu juga, kehilangan fokus dan mood, serta hilang kawalan ketika memandu juga merupakan simptom seseorang itu menghadapi microsleep.

Cara paling berkesan untuk mengelakkan terjadinya hal ini adalah dengan menjaga waktu tidur dengan baik, kata Khulanthayan.

Ada beberapa cara untuk mengelakkan microsleep ini berlaku iaitu pertama memastikan tidur cukup iaitu 6 jam sehari.

Kedua, tidur yang cukup pada waktu malam. Ini amat penting kerana ia berbeza tidur 6 jam pada waktu malam dan siang.

Seterusnya. sekirannya mengantuk, cuba dapatkan power nap selama 20 minit," katanya.

Pada ahad lalu, ada satu kes seorang penuntut universiti awam, Amin Faiz Nohanil, 22 tahun, maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di kilometer 239.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Pedas-Linggi.

Setelah diteliti, nahas tersebut berkemungkinan berpunca dari microsleep yang dihadapi mangsa.

Satu kes lagi pada Mei tahun lepas, pengasas kosmetik Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia di Pattani, Thailand selepas kereta yang dipandu suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim merempuh sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan.

Ahmad Shah Rizal mengaku bahawa ia berlaku kerana beliau terlelap akibat terlalu letih.

Oleh itu, setiap orang digesa agar mengatur tidur setiap hari agar mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Semoga kita dihindari daripada menghadapi fenomena mircosleep ini kerana ia amat berbahaya sehingga boleh membawa maut.


Sunday, 28 June 2020

Ini rupanya helah disebalik pencalonan PM baru.






Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri adalah satu helah. Ini adalah langkah untuk mengelakan lebih ramai pemimpin Parti Warisan Sabah meninggalkan 'Kapal Layar'

Itu adalah sekadar helah politik dan semua pihak, termasuk pemimpin WARISAN tidak sewajarnya termakan dengan 'umpan' terbabit. Kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Naib Presiden UMNO.

"Tindakan Tun M memberikan sokongan kepada Mohd Shafie adalah strategi untuk mengelakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada WARISAN untuk keluar parti.

"Dua ADUN Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) 'berundur' daripada kerajaan negeri yang dipimpin oleh WARISAN dan saya dimaklumkan bahawa lebih ramai bakal mengikut langkah sedemikian.

"Kerajaan Sabah pasti akan tumbang jika lebih banyak ADUN meletakkan jawatan. Oleh hal demikian, Tun M (Dr Mahathir) umum untuk sokong Mohd Shafie dengan harapan agar mereka bertukar fikiran untuk terus teguh bersama di belakang Ketua Menteri mereka," katanya.

"Jangan lihat pencalonan (Mohd Shafie) sekadar dari satu sudut sahaja kerana ada sebab yang tersirat di sebaliknya, iaitu untuk mengelakkan lebih ramai ahli WARISAN meninggalkan parti.

" Sokongan Tun M terhadap Mohd Shafie tidak mungkin akan menjadi kenyataan," katanya.

Ismail Sabri selaku Menteri Kanan (Keselamatan) berkata, setiap kata-kata yang dilontarkan Tun M harus diteliti daripada sudut berlainan supaya tidak mudah terpengaruh dan sekali gus membuat rumusan awal.


Sumber : Berita Harian Online, Google.

Saturday, 27 June 2020

Tak sangka anak muda Beaufort mempunyai bakat yang padu.Siapa mereka?



Assalamualaikum semua, kali ini saya ingin kongsi sama kamu semua tentang sebuah lagu yang dicipta oleh anak kelahiran Beaufort.

Artis lokal kita yang bernama Ashraf atau panggilanya Ash dan juga Fadhillah atau Dil. Ash merupakan anak kelahiran Beaufort yang tinggal di Kampung Kota Klias begitu juga dengan Dil. Tetapi Fadhillah menetap di Sipitang dan kini beliau berkerja di semenanjung. Ini adalah sedikit latar belakang artis lokal kita yang saya diberitahu.

Anda boleh cari di youtube Chanel mereka iaitu 'PADIL OFFICIAL' ada banyak lagu yang dilancarkan dengan hasil perah otak sendiri dan nyanyian sendiri. Anak muda ini mempunyai bakat yang terpendam dan boleh membawa mereka ke tangga yang lebih tinggi di masa akan datang.

Baru beberapa hari ini mereka melancarkan Music Video yang berjudul 'SETIA-Ash ft Dil'. Padu tak padu try lah dengar sendiri hehe, saya pun suka lagu ni BEST. . .

Pergi link ni : https://www.youtube.com/watch?v=nY-Jlhk9eOs

Rugi nda dengar gais.


Thursday, 25 June 2020

Satu Sejarah Tercipta Hari Ini.






EPL: Selepas 30 tahun kemarau liverpool muncul sebagai juara liga perdana inggeris.

Kemenangan kali pertama buat Liverpool dicapai pada kali ini selepas 30 tahun atas kekalahan Manchester City terhadap Chelsea 2-1 awal pagi ini.

Penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia yang mengubah segala bentuk permainan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, sama sekali tidak mematahkan semangat para pemain Liverpool untuk merangkul juara pada kali ini.

Namun akibat COVID-19, tiada sambutan secara besar-besaran dibuat seperti sambutan kemenangan oleh kelab-kelab sebelum ini.

Beberapa puluh orang sahaja yang menyambut kemenangan itu di luar Anfield setelah wisel penamat perlawanan dibunyikan di Stamford Bridge, diikuti sorakan dan percikan bunga api.

"Walau tidak sama seperti kemenangan kelab-kelab sebelum ini, namun ini adalah satu momen yang sangat istimewa, saya sangat terharu," kata Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool.

Beliau hampir mengalirkan air mata kegembiraan ketika bercakap kepada stesen Sky Sports menerusi video.

Kemenangan ini juga pasti menggembirakan para peminat Liverpool yang dulu hingga kini tidak henti menyokong pasukan ini. Akhirnya, mereka dapat merasakan aura kemenangan pasukan idola mereka selepas 30 tahun.


Sumber : Astro Awani, Google.

Tuesday, 23 June 2020

Ini pendapat Ketua Pergerakan Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP).



KOTA KINABALU : Rayuan telah dibuat kepada kerajaan agar melanjutkan tempoh potongan harga untuk bil bekalan air dan elektrik yang tamat pada akhir bulan ini oleh Pergerakan Pemuda Parti Liberal Demokratik ( LDP ).

SIM FUI


Ketua (LDP) Sim Fui, mengetegorikan usaha tersebut mampu meringankan bebanan ekonomi kepada semua pengguna termasuk komuniti peniaga yang menerima impak yang teruk akibat pendemik COVID-19.

Beliau berhujah, Kerajaan Negeri telah memberikan kemudahan diskaun sebanyak 30% terhadap penggunaan bil elektrik dan juga bil air tanpa bayaran dari April lalu sehingga Jun ini bagi mengurangkan impak pendemik COVID-19 terhadap pengguna.

"Usaha ini telah memberikan manfaat yang besar kepada para pengguna dalam meringankan beban masing-masing.

"Namun begitu, kelebihan tersebut malangnya akan tamat pada hujung Jun ini dan pada masa yang sama sektor ekonomi masih lagi terjejas disebabkan COVID-19," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berharap, kerajaan negeri sekali lagi akan mempertimbangkan untuk melanjutkan pemberian diskaun terhadap bil elektrik dan air itu.

Secara logiknya, walaupun kerajaan telah merangsang ekonomi sehabis baik dan membenarkan lebih banyak sektor perniagaan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini, akan tetapi untuk memulihkan keadaan ekonomi masih memerlukan masa yang panjang.

"Perkara sebegini tidak akan dapat diselesaikan dalam masa 24jam sahaja, walaupun kini kita telah berjaya mengawal kes positif baharu COVID-19, akan tetapi komuniti perniagaan masih bimbang kerana wabak tersebut tidak mustahil untuk kembali sepanjang tempoh PKP pemulihan ini.

"Ombak besar atau gelombang kedua wabak ini boleh melanda pada bila-bila masa," katanya.

Menurut beliau juga, walaupun bukan semua perniagaan telah tutup tetapi ramai dalam kalangan perniagaan tidak lagi mampu untuk menampung keadaan ekonomi yang dihadapi terkini.

Lanjutan diskaun terhadap bil air dan elektrik mampu membantu golongan berkenaan bagi mengatasi tempoh yang mencabar ini setelah dilihat secara terperinci, katanya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan barisan hadapan dengan sumbangan serta pengorbanan yang diberikan.

"Tanpa mereka, usaha memerangi pandemik ini tidak mungkin akan berjaya dilaksanakan," katanya.




Sumber : Utusan Borneo, Google.





Sunday, 21 June 2020

Ini antara yang terdapat dalam 'Sabah New Deal'



KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri Sabah telah mengemukakan satu lagi Pakej Bantuan COVID-19 fasa kedua atau dikenali sebagai 'Sabah New Deal' pada 18 Jun lepas. Apa yang kita ketahui bantuan ini bernilai RM240 juta. Hasrat ini adalah bagi membantu mengaktifkan, memulihkan dan menyuburkan kembali sektor ekonomi negeri yang terjejas berikutan pendemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bantuan itu dirangka dengan tiga objektif utama bagi mendepani cabaran suasana ekonomi merundum dan tidak menentu sekali gus memastikan ia seiring dengan langkah ke hadapan untuk beralih kepada amalan kebiasaan baharu.

"Tiga objektif yang dikatakan itu adalah mempercepat transformasi kepada ekonomi digital, memanfaat dan memperluaskan peluang ekonomi dalam bidang agromakanan dan memperkasakan sumber manusia serta menjana peluang perkerjaan baharu," Katanya.

Dana sejumlah RM35 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi menaik taraf semua pelayan komputer dengan menyediakan kelengkapan, peralatan serta aplikasi digital terkini dan tidak ketinggalan juga internet jalur lebar bekelajuan tinggi di bangunan pejabat kerajaan negeri, katanya.

Ketua Menteri juga turut berkata, barisan hadapan kerajaan negeri juga tidak melupakan sektor pertanian.Dengan itu kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan untuk sektor ini bagi memperluaskan lagi peluang ekonomi dalam bidang agromakanan juga seterusnya memberi peruntukan RM25 juta bagi pinjaman tanpa faedah kepada pengusaha bidang tersebut, dengan pembayaran pertama hanya perlu dibuat pada Januari 2021 dan berakhir pada Disember tahun yang sama.

"Selain itu, RM13.21 juta diperuntukkan bagi mewujudkan enam Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Hasil Tani iaitu di Sipitang, Keningau, Kota Marudu, Lahad Datu, Kundasang, Ranau dan Telupid.

"Rm21.15 juta pula diperuntukkan bagi meningkatkan kapasiti dan sekali gus menaik taraf kemudahan pemasaran dan logistik Sabah Fish Marketing Sdn Bhd," Katanya.

Dana RM20 juga turut diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah untuk memperkasa dan melatih semula para pekerja yang telah kehilangan pekerjaan termasuk mereka yang menganggur mahupun yang sedang mencari kerja.

Sektor pelancongan juga turut dirangsang kerajaan negeri kerana sektor ini merupakan antara yang terjejas teruk akibat wabak pendemik COVID-19 ini. Kerajaan Negeri menyediakan RM5 juta bagi insentif perjalanan dan geran dipadankan bagi program Perjumpaan, Insentif, Persidangan dan Acara, selain menyerdiakan geran khas RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan destinasi pelancongan, menurut Ketua Menteri.

Diskaun sebanyak 50 peratus juga turut diberikan ke atas bayaran masuk di semua destinasi pelancongan domestik untuk tempoh 6 bulan selepas dibenarkan beroperasi semula, katanya.

Turut diberikan skim pinjaman rumah panjang selama enam bulan
yang memanfaatkan seramai 584 orang peminjam melibatkan bayaran balik bulanan RM600,00, katanya.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi tujuan menyokong usaha berterusan membendung dan menangani penularan COVID-19 di Sabah, katanya.

Ini merupakan beberapa isi dalam bantuan COVID-19 fasa 2 atau nama lainya 'Sabah New Deal'. Diharapkan bantuan oleh kerajaan negeri ini mampu untuk memulihkan semula ekonomi negeri Sabah selepas beberapa bulan terjejas akibat COVID-19.



Sumber : Utusan Borneo, Google.

Friday, 19 June 2020

COVID-19 : Adakah kita sudah menang?



PUTRAJAYA : Kita sudah menghampiri 95 peratus jumlah kes COVID-19 pulih dengan pertambahan 127 kes pulih yang dilaporkan pada khamis semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bahawa dengan pertambahan jumlah berkenaan, jumlah kumalatif sebanyak 8,000 kes atau 93.8 peratus dari jumlah keseluruhan.

14 kes baharu yang dilaporkan juga menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,529 kes dengan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 408 kes.

Dalam 14 kes yang dilaporkan itu 3 daripadanya ialah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang membabitkan dua warganegara Malaysia dan seorang pemastautin tetap.Kata Dr Noor Hisham.

"Daripada 11 kes penularan di dalam negara, tujuh kes bukan warganegara , manakala empat kes dalam kalangan warganegara Malaysia.

"Bagi tujuh kes jangkitan domestik oleh rakyat tempatan, sebanyak dua kes dikesan di Kuala Lumpur iaitu satu kes dikesan sebagai kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19, iaitu kes ke 8,455 dan kes ke 8,508. Mereka ini merupakan rakan serumah.

"Kes kedua pula kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke ke 8,498 yang juga rakan serumah.

"Di Selangor, kita kesan 1 kes positif iaitu ahli keluarga kepada kes ke 8,368, manakala di Sarawak pula sebanyak 2 kes dikesan ketika saringan di tempat kerja sektors pembinaan.

"Juga masing-masing satu kes di Sabah dan Perak, iaitu satu kes dikesan menerusi saringan orang kena tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis ( IPD) Penampang dan saringan sebelum memohon pulang ke negara asal beliau," Katanya.

Bagi empat kes penularan COVID-19 dalam negara oleh rakyat tempatan, Dr Noor Hisham berkata, dua kes dikesan di Kuala Lumpur iaitu Kluster Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil. Mereka ialah kakitangan bertugas di sana.

"Sarawak sebanyak 2 kes, iaitu satu kes saringan prapembedahan di Hospital Umum Sarawak, Kuching dan satu kes saringan untuk ke luar negara atas urusan penting." Katanya.

Dengan itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes aktif dan jumlahnya kekal sebanyak 121 kes atau 1.42 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

Oleh itu, negara kita sudah semakin pulih daripada wabak pendemik COVID-19 ini. Namun begitu, kita masih belum menang dan semua rakyat tempatan diseru agar kekal mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak KKM demi memulihkan negara.

#kitajagakita


Sumber : Berita Harian Online, Google.

Wednesday, 17 June 2020

Dua premis perniagaan yang dirindui ramai kini dibuka semula



KOTA KINABALU : Dalam fasa PKPP dua lagi premis perniagaan kegemaran ramai dibenarkan beroperasi di Sabah iaitu panggung wayang dan juga premis perkhidmatan kecantikan dan kesihatan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kebenaran itu membabitkan aktiviti solekan dan rawatan rambut, dandanan rambut, manikur dan pedikur, serta cuci dan rawatan muka.

Selain itu juga beliau turut berkata, aktiviti cukur jambang dan misai serta refleksologi dan urut juga dibenarkan beroperasi.

"Waktu operasi perniagaan hendaklah dijalankan seperti biasa tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berwajib.

"Kerajaan negeri juga mengingatkan rakyat Sabah untuk kekal mengamalkan penjarakan sosial sekurangnya 1 meter, memakai penutup muka di tempat awam dan menggunakan cecair pembersih tangan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ketua Menteri Sabah itu juga berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti dalam membendung penularan COVID-19.

Oleh itu, janganlah kita leka dengan segala kelonggaran yang telah diberikan ini, kita belum menang lagi. Teruskan disiplinkan diri kita pasti boleh.

#kitajagakita


Sumber : Utusan Borneo, Google.

Apabila makanan Malaysia dan Itali digabung !

Piza Nasi Lemak baharu!



KUALA LUMPUR : Untuk meraikan perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia, Pizza Hut Malaysia telah melancarkan satu menu baharu iaitu Nasi Lemak Pizza yang mampu menggabungkan citarasa selera orang ramai.

Emily Chong selaku Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia berkata, budaya 'campur' yang unik di Malaysia ini telah melahirkan idea penciptaan Piza Nasi Lemak dan slogan kempenya iaitu 'Rasa Campur, Lagi Bes Bersama', adalah satu penghormatan khas kepada kepelbagian budaya dan rakyat yang hidup bersatu-padu.

Piza Nasi Lemak ini merupakan satu contoh bagaimana rakyat Malaysia gemar menggabungkan sesuatu dalam hidup mereka, dengan mencampurkan semuanya bersama-sama dan membentuk sebuah kesatuan yang kuat, sama seperti piza Nasi Lemak yang bakal dilancarkan ini. Ia merupakan kombinasi yang harmoni antara piza dan Nasi Lemak." Kata pegawai pemasaran pizza tersebut.

Pizza Nasi Lemak ini merupakan gabungan piza kegemaran semua dipadankan dengan topping ayam rangup dan sambal enak serta elemen-elemen dalam hidangan Nasi Lemak seperti bilis, kacang tanah dan timun.

Piza ini juga amat meningkatkan selera dengan poket keemasan dipenuhi dengan ayam perap santan dan limpahan keju. Piza Nasi Lemak ini harus dicuba oleh semua 'Kaki Nasi Lemak' di negara ini.

Pelanggan dapat menikmati piza Nasi Lemak ini dengan harga RM38.90 (Ala Carte) dan RM40.90 melalui kambo .

Juga tidak ketinggalan turut dikenalkan bagi melengkapkan hidangan menu baru ini adalah minuman Soda Bandung yang merupakan olahan Sirap Bandung klasik dengan rasa soda.

Promosi piza Nasi Lemak boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bermula dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2020 untuk khidmat makan di restoran , penghantaran dan juga bawa pulang sementara stok masi banyak.

Untuk maklumat tentang menu baharu yang dilancarkan Pizza Hut ini, sila layari www.pizzahut.com.my



Sumber : Google.

Monday, 15 June 2020

Harga minyak sawit dijangka naik atas permintaan oleh China,India,Pakistan



KUALA LUMPUR : Harga minyak sawit dijangka akan melonjak setelah dirangsang permintaan daripada India, China, Pakistan.

Niaga hadapan minyak sawit melonjak pada 11 Jun lalu dengan peningkatan keyakinan bahawa negara pengguna utama seperti India, China dan Pakistan akan meningkatkan pembelian selepas tertangguh akibat penularan pendemik COVID-19.

Mulai Ogos, Kontrak minyak sawit meningkat sebanyak 1.4 peratus kepada RM2,381 satu tan, sebelum ini didagangkan pada RM2,378.

Import China dari Malaysia sebagai negara pengeluar kedua terbesar minyak sawit, meningkat sekitar 74 peratus berbanding bulan sebelumnya dalam tempoh 10 hari pertama bulan Jun, dalam pada itu juga pembelian India turut melonjak 163 peratus dan penghantaran ke Pakistan melonjak 250 peratus, menurut syarikat juru ukur kargo SGS Malaysia Sdn Bhd.

Malaysia telah berjaya meningkatkan jumlah eksport sebanyak 64 peratus dalam tempoh berkenaan, katanya.

Angka itu selaras dengan laporan yang dikemukakan Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada Rabu yang menunjukkan simpanan minyak sawit di negara ini turun untuk pertama kalinya dalam empat bulan menjadi 2.03 juta tan bulan lalu daripada 2.04 juta tan pada bulan april.

Minyak masak yang paling banyak digunakan di dunia itu berada dalam arus kenaikan untuk minggu kelima, yang juga paling tinggi dalam tujuh bulan.

Setelah melonggarkan langkah kawalan pergerakan, prospek permintaan telah bertambah cerah, dan dalam masa yang sama juga restoran mula dibuka semula begitu juga dengan sekolah yang dilakukan secara beransur-ansur.

Kenaikan harga minyak sawit juga disokong oleh pemulihan harga minyak mentah, yang meningkatkan daya tarikan biofuel.-Bloomberg

Ini merupakan satu berita baik kepada peladang-peladang kelapa sawit di Malaysia seterusnya akan mampu membaiki ekonomi mereka sekeluarga setelah terjejas disebabkan oleh pendemik COVID-19.



Sumber : Berita Haria Online.

Saturday, 13 June 2020

COVID-19 : sindiket penipuan dokumen saringan

Dr Noor Hisham Abdullah-Foto/google

PUTRAJAYA : Bagi mengelakkan kekeliruan dan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab masyarakat diseru untuk merujuk senarai semua hospital dan klinik saringan COVID-19 swasta yang diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM).

Terdapat lebih 50 hospital dan klinik swasta seluruh negara yang diluluskan KKM untuk menjalankan saringan wabak COVID-19. -Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kita ada senarai semua hospital dan klinik rawatan serta saringan COVID-19, orang ramai diminta untuk merujuk portal CPRC (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan) KKM," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 pada sabtu.

Masyarakat juga diseru oleh Dr Noor Hisham agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa dan KKM sekiranya mengetahui sebarang kegiatan penipuan dan pemalsuan dokumen saringan COVID-19.

Tegasnya, ia adalah satu kesalahan dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Lima lelaki Bangladesh ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pemalsuan dokumen keputusan negatif saringan COVID-19 bagi warga asing dalam serbuan di Jalan Tengkat Tong Shin, Kuala Lumpur pada 9 Jun lepas.

Berkaitan kes tukang gunting rambut warga Pakistan yang disahkan positif COVID-19 semalam,Dr Noor Hisham berkata, kes itu belum diklasifikasi sebagai kluster memandang hanya seorang yang disahkan positif.

Tindakan yang wajar sudah diambil dengan menjalankan saringan kepada kontak rapat dan mereka yang telah mendapatkan khidmat gunting rambut daripada tukang gunting rambut berkenaan.

"Kes yang positif (Tukang gunting rambut) sudahpun diasingkan dan dimasukkan ke hospital manakala kontak-kontak rapat, kita arahkan untuk kuarintin di rumah. Tuntas kata tindakan telah diambil dan siasatan sudah dijalankan," -katanya.

"Virus COVID-19 ini mengajar kita untuk menjaga kebersihan diri dan kita mengharapkan rakyat mengamalkan kebersihan dan langkah pencegahan agar kita semua terhindar dari wabak ini,"-katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa virus ini masih ada dalam komuniti walaupun kita seolah-olah sudah berjaya mencantas penularan, namun begitu, penting untuk rakyat mengambil pendekatan serius dalam menjaga kebersihan diri dan amalan norma baharu.

Bersama kita kekang sindiket pemalsuan dokumen saringan COVID-19 ini demi menjaga kesejahteraan seluruh masyarakat di negara ini.

#KitaJagaKita




Sumber : Astro Awani , Google.


Friday, 12 June 2020

COVID-19 : Berdosa atau tidak kita meninggalkan Solat Jumaat ?

Foto - Google

SHAH ALAM : Tidak berdosa ke atas mereka yang tidak menerima 'kad jemputan' untuk menunaikan solat Jumaat, jelas Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Jika mereka tidak terpilih menjadi 40 jemaah ini atas alasan menerapkan langkah pencegahan yang diambil kerajaan untuk membendung COVID-19 boleh menggantikan solat Jumaat dengan solat zuhur.

"Sebagai umat Islam, kita perlu akur dengan ketetapan yang dibuat kerajaan walaupun berat untuk kita terima.Namun, ulil amri(Pemerintah) bertanggungjawab melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang terbaik demi menjaga kesejahteraan umum," katanya dalam satu kenyataan pada jumaat kelmarin.

Ketetapan itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini wabak Covid-19 yang belum ada vaksinya, maka langkah pencegahan untuk menjaga keselamatan dan nyawa tetap diteruskan berlandaskan prinsip maqasid syariah, kata Mohd Tamyes.

Bagaimanapun, pelaksanaan solat Jumaat di seluruh Malaysia harus dan diwajibkan mengikut garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam setiap negeri serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepada mereka yang beruntung menerima jemputan untuk menghadiri Solat Jumaat diharapkan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pihak masjid agar kita dapat mencantas penularan COVID-19 ini.



Sumber : Astro Awani,Google.

Wednesday, 10 June 2020

'saya sangka pokok buluh' alasan Mat Tarzan



ALOR SETAR : Pokok ganja ditanam di halaman rumah.

Seorang suspek memberi helah 'tidak tahu pokok tanamannya itu adalah pokok ganja', akhirnya diberkas pihak berkuasa yang menyerbu rumahnya pada Rabu.

Superintendan Mohd Redzuan Salleh, ketika ditahan penganggur berusia 38 tahun itu memberi alasan dia menyangkakan tanamanya itu adalah pokok buluh menurut Pemangku Polis Daerah Kota Setar Redzuan.

Bagaimanpun sebaik sahaja disoal siasat, dia mengaku menanam sendiri pokok ganja itu untuk kegunaan dirinya sendiri.

Hasil pemeriksaan polis menemui pokok ganja yang ditanam di hadapan rumah berkenaan, jelas Mohd Redzuan.

Kesemua pokok ganja itu kemudiannya dirampas untuk siasatan lanjut.

Hasil semakan juga mendapati suspek yang dikenali dengan gelaran 'Mat Tarzan' itu mempunyai satu rekod kes lampau melibatkan dadah.

Hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati 'Mat Tarzan' itu positif ganja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana menanam pokok ganja dan Seksyen 15(1) ADB 1952.

Katanya, polis masih menyiasat dari mana suspek mendapat benih pokok ganja itu.



SUMBER : Astro Awani

Tuesday, 9 June 2020

'Abah Muhyiddin' Perdana Menteri Yang Disayangi Ramai.-Beufortown

TAN sri Muhyiddin Yassin- Foto/Astr

KUALA LUMPUR : 'Abah Muhyiddin'. Penerimaan rakyat terhadap kepimpinanya telah melayakkan beliau mendapat gelaran sedemikian.

Baru 100 hari menjadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang selalu berucap di kaca television dengan gaya yang santai, selain sentiasa update tentang pelbagai isu yang tular dalam kalangan rakyat, dilihat berjaya 'memecahkan tembok' antara pemimpin dan rakyat.

Malahan, gelaran 'Mak Cik Kiah' yang diketengahkan dalam ucapannya seblum ini bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19, terus melekat di hati dan di bibir rakyat sehingga hari ini.

Seperti apa yang dikatakan Md Shukri Shuib selaku penganalisis politik, "Kita melihat reaksi rakyat lebih berasa senang, tenang dan selesa dengan gaya Tan Sri selaku Perdana Menteri. Cara santai dan pertuturan yang mudah diperjelas kepada rakyat membawa impak yang positif kepada masyarakat."

Setiap kata-kata yang dilontarkan oleh Abah Muhyiddin ketika beliau berucap tidak 'kosong' walaupun diucapkan secara santai. Langkah yang diambil beliau bukan sahaja memerlukan arahan segera, berani dan tegas tetapi juga kebijaksanaan dalam mengatur strategi agar kepentingan semua pihak terjaga.Ini adalah pendapat dari seorang Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Malaysia.

"Lihat sahaja dari segi langkah bukan kovensional yang tiba-tiba dilaksanakan menuntut komitmen pihak industri perbankan untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi pelaksanaan moratorium menyeluruh."

"Ini langkah yang menunjukkan beliau memahami sistem ekonomi yang membawa impak positif pada persekitaran pelbagai dimensi ekonomi dan sosial negara". Katanya.

'Abah Muhyiddin' juga telah menarik perhatian Sivamurugan kerana beliau tidak kekok mengetuai solat berjemaah dan bertakbir raya yang menurutnya memberi nilai tambah kepada pemimpin nombor satu negara itu.

Berlatarbelakangkan suasana politik negara yang kini mencabar dengan beberapa pemimpin politik yang saling 'bercakaran' antara satu sama lain demi merebut kuasa, kemunculan Muhyiddin sebagai PM yang berperwatakan sederhana, sabar, bijak dan berani dilihat tepat pada masanya.

Kejayaan Muhyiddin sepanjang menerajui negara terserlah apabila beliau mampu meneruskan pentadbiran kerajaan dengan baik meskipun sering diasak dan diserang daripada pelbagai sudut oleh musuh-musuh politiknya.-Dr Mashitah Mohd Udin.

"Walaupun bederpan cabaran politik, Muhyiddin memimpin kerajaan Perikatan Nasional dengan baik dan berjaya mengekalkan keamanan dalam Malaysia yang berbilang kaum ini".

"Tidak ada sebarang rusuhan kaum dan pertumpahan darah, keamanan dalam masyarakat dan kestabilan politik negara dapat dikekalkan." Katanya.

Mashitah juga turut berkata, meskipun Muhyiddin mewarisi tradisi dan budaya politik Melayu namun kekuatannya sebagai pemimpin negara terserlah apabila turut menyantuni masyarakat pelbagai kaum.

Menyifatkan Muhyiddin sebagai 'man of actions', beliau berkata pemimpin negara itu mempamerkan personaliti yang bijak dan lebih banyak bekerja daripada 'sembang kopi O' menyebabkan beliau disenangi rakyat, apa lagi dengan perwatakan sebagai 'figura bapa'.

Tambahan pula, Mashitah berkata keluarga Muhyiddin yang dilihat tidak mendominasi atau mencampuri tugas beliau sebagai pemimpin negara menyebabkan beliau dilihat sebagai pemimpim yang sangat berwibawa.

Kita patut bersyukur kerana mempunyai seorang pemimpin yang bergelar 'Abah Muhyiddin' yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa rakyat Malaysia dan sentiasa berusaha untuk memulihkan ekonomi negara kita di musim pendemic Covid-19 ini.



Sumber : Berita Harian, Google.

Saturday, 6 June 2020

Rakyat akan hidup bersama 'Assasin' yang tidak kelihatan.



KUALA LUMPUR : Apa pun yang bakal diputuskan oleh Perdana Menteri sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan atau dilanjutkan atau mungkin digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPB) di kawasan yang berisiko tinggi, kita sebagai rakyat akan terus hidup dengan cara baharu 'ditemani' oleh makhluk yang tidak kelihatan mata kasar iaitu COVID-19.

Satu kenyataan yang dikemukakan di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan bahawa, virus COVID-19 ini telah mengubah kehidupan manusia sejagat, termasuklah kita sebagai rakyat Malaysia.

Katanya, apapun pengumumam Perdana Menteri, kita telah menjadi sebahagian sejarah apabila pertama kali negara menguatkuasa PKP pada 18 Mac lalu.

"Penyakit coronavirus-19 atau COVID-19 telah mengubah kehidupan manusia sejagat, termasuk kita semua di Malaysia. Tidak pernah terbayang, rutin harian kita berubah sekelip mata.

"Pusat beli belah ditutup, pengangkutan awam berhenti beroperasi, jalan raya sunyi sepi, lapangan terbang ditutup malahan kedai serba aneka yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu 365 hari setahun, 7 eleven beroperasi dengan had masa.

"Sejak 18 Mac lalu, kita jaga kita walaupun tidak mengenali sesama sendiri, Setiap hari kita memanjatkan doa kepada sang Pencipta agar tiada rakyat kita dijangkiti dan meninggal dunia. Sejak PKP, kehidupan manusia sejagat terkesan. Suka atau tidak, ini adalah pengalaman yang akan dicatat dalam sejarah negara ini.

"Masak apa tak jadi hari ini, Cik Kiah sehinggalah tarian shuffle Ke Sana Ke Sini, ia akan kekal dalam ingatan kita dan COVID-19 menyebabkan warga Malaysia tidak dapat melaksanakan tradisi balik kampung yang menjadi kebiasaan ramai dimusim perayaan.

"Tiada tradisi balik kampung sempena Aidilfitri, sambutan Hari Kaamatan dan Pesta Gawai tidak seperti kebiasaan adalah pengorbanan kita untuk negara." katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan menyatakan sumbangan dan jasa barisan hadapan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata dan hanya tuhan yang mampu membalas jasa mereka.

"Jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan kerana kepatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah kejayaan awal untuk semua rakyat Malaysia.

Apapun keputusan yang akan diumumkan nanti, kita semua akan hidup dengan norma baharu 'ditemani' COVID-19. Tiada siapa yang tahu bila kita akan kembali hidup norma biasa. Harapan kita adalah agar vaksin ditemui dengan segera.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia janganlah leka terhadap penjagaan kebersihan diri kerana ia amat penting dalam kehidupan kita kini. Warga Malaysia diseru agar mengelakkan 3C, iaitu jauhi kawasan yang sesak (Crowded place) , elakkan kawasan sempit (Confined space) dan elakkan bersembang dengan jarak yang dekat (Close conversation).

Apa yang patut kita amalkan di kehidupan norma baharu ini ialah 3W, iaitu mencuci tangan dengan air dan sabun atau handsinitizer (Wash), memakai penutup muka di tempat awam (Wear) dan peka terhadap peringatan KKM (Warn).




Sumber : Berita Harian, Google


Harga Petrol mingguan naik bagi tempoh 6-12 Jun 2020.



KUALA LUMPUR : Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik sebanyak lima sen manakala bagi diesel pula naik sebanyak dua sen bagi tempoh 6 hingga 12 Jun 2020.

Penetapan harga runcit mingguan produk pertroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah (RM1.78sen), RON95 (RM1.48sen) dan Diesel pula (RM1.63sen).Ini adalah berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.


Peningkatan harga produk yang diproses seiring kenaikan harga minyak mentah dunia menyebabkan harga petrol di Malaysia naik.

Kerajaan akan selalu memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah yang releven bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjaga.-
BERNAMA


Sumber : Utusan Borneo, Google .

Thursday, 4 June 2020

Dugaan menimpa seorang pesara polis di Kampung Rancangan Klias,Beaufort

Keadaan rumah selepas kejadian kebakaran di Rancangan Klias.

BEAUFORT : Rumah seorang pesara polis hangus dijilat api di Kampung Rancangan Klias di sini pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Mohd Hasbullah Nenggok berkata, pihak beliau menerima panggilan kecemasan pada jam 10:06 pagi kelmarin dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang berada 20 kilometer dari balai.

"20 anggota keseluruhan termasuk 10 Pegawai Bomba Bantuan BBP Beaufort yang tiba di lokasi segera melakukan Ops menyelamat dan memadamkan api menggunakan sumber air dari jentera bomba.

"Sebuah rumah 35x25 kaki persegi musnah terbakar manakala sebuah rumah yang berada berhampiran terjejas di bahagian dapur seluas 15x25 kaki persegi.Kebakaran dapat dikawal oleh anggota bertugas daripada merebak dengan lebih besar." Katanya.

Menurut beliau juga tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Operasi menyelamat dan memadam api ditamatkan kira-kira jam 2:30 petang kelmarin.



Sumber : Utusan Borneo

  KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...