Monday, 13 July 2020
Tuntutan Kerusi DUN Kuala Penyu dan Parlimen Beaufort.
KOTA KINABALU : Pergerakan Wanita UMNO bahagian Beaufort meminta agar UMNO meletakkan calonnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Kuala Penyu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang yang sebelum ini diserahkan kepada UPKO kerana terikat dengan konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional.
Siti Aminah Aching selaku Ketua Wanita UMNO Beaufort berkata, Wanita UMNO bahagian itu menuntuk kerusi tersebut kerana ADUNnya sekarang Datuk Limus Jury telah mengumumkan keluar dari UPKO dan menjadi ADUN bebas.
"Sebelum ini kita berikan laluan kepada UPKO sebagai komponan BN, tapi pada PRU ke 15 ini UMNO perlu dikehadapankan memandangkan kini UPKO bukanlah dalam komponen BN. Katanya.
Bagi menyokong fakta tuntutan ini Aminah berkata kemenangan UPKO yang mewakili BN dalam PRU ke 14 lalu di kawasan ini adalah hasil sokongan padu oleh ahli UMNO di kawasan Beaufort.
"Berasaskan kepada fakta ini ada kewajarannya UMNO menuntut kerusi ini termasuk kawasan Parlimen Beaufort tidak kira siapa calon asalkan dari UMNO," jelas Siti Aminah bagi menyokong saranan Bung.
Kenyataan Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu susulan pengumuman Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa UMNO Sabah boleh memilih untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah.
Pada PRU lepas, sebanyak 14 kerusi ditandingi UMNO Sabah. Namun parti itu tewas di tujuh kerusi iaitu di Kota Belud, Sepanggar, Papar, Tenom, Silam, Semporna dan Kalabakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYYsgUgBXd4JC_GxBCmDbR_XUyzl4bEwY21Ihv9fdMFJA6PIJJxS3odr8TBB4xPe8qSf3vnZUVppqHaVnpf-bY-leMczLzbTfKRA32MDk8kiL5BduIrh_JekKYlfapYQ3YDbupL1tgkso9/w382-h217/bpr-2021.jpg)
-
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas di televisyen hari ini. Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapa...
-
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri adalah satu helah. Ini adalah langkah unt...
-
KUALA LUMPUR : Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik sebanyak lima sen manakala bagi diesel pula naik sebanyak dua sen bagi tempo...
No comments:
Post a Comment