Siapa pernah dengar ayat "Seriuss laa muntuunn" ?
Ha ayat ni adalah tagline bagi seorang streamer nombor 1 Malaysia tak lain tak bukan Soloz atau nama sebenarnya Faris Zakaria. Kejayaanya dalam bidang e-sports bukan saja mengharumkan nama tanah air, tapi turut membuka mata ramai pihak apabila berjaya memiliki kereta mewah Ford Mustang. Hujung minggu lalu, namanya sekali lagi trending apabila akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihanya sendiri.
Namun walaupun kejayaan besar yang dicapai Soloz, tetap ada yang memperlekehkan kerjayanya.
Memandangkan ia tak sama dengan kerjaya yang lain, maka ramai pihak seolah-olah telah memperlekehkan kerjaya streamers yang diceburi lelaki berusia ini. Setelah kemunculan pengguna Facebook bernama Mohd Zailee terpanggil untuk mengubah 'mindset' negatif tersebut. Zailee telah mendedahkan hasil kejayaan yang telah dikecapi.
Mohd Zailee berkata, selepas dua hari Soloz kahwin. Ramai yang buat-buat tanya siapa Soloz ni. Ada yang betul-betul tak kenal dan ada juga yang buat-buat tak kenal.
Yang buat-buat tak kenal ni mungkin sebab nak perlekeh bidang kerjaya Soloz yang kerjanya main game 24 jam. Mungkin sebab kerja main game ni tak adventurous, tak khudrat, dan tak perlu ke lapangan sama macam kerja-kerja konvensional. Jadinya, kenalah pandang lekeh. Barulah nampak power. Kita kan kenal orang kita macam mana. Kena perlekeh orang untuk up diri sendiri.
Aku ni buat aktiviti main game hanyalah sekadara hobi. Aku ada kerja hakiki iaitu sebagai guru sekolah menengah. Main kat PC, Konsul, dan sekarang main kat talipon. Jangan sampai aku post senarai game yang aku dah main. Aku rasa aku di posisi yang unik untuk bahas benda ni.
Balik cerita Soloz. Aku pun follow Soloz sebenarnya. Selalu buka video dia di Youtube dan Facebook. Budak-budak ramai follow dia sebab dia tak suka mencarut. Kalau kalah tak menjerit atau maki hamun.
Dulu sebelum bergelar streamers Soloz merupakan seorang pemain pertandingan-pertandingan besar dalam Game Mobile Legends. Namun setelah beberapa tahun kemudian dia memilih untuk lebih fokus kepada bidang streamers ni. Setiap kali dia buat live, view berpuluh-puluh ribu. Dekat section Facebook Gaming tu memang sentiasa trending nombor 1. Lepas tu bila dia reupload dekat Youtube, paling bodo pung dapat 400k view kurang dari seminggu. Dia juga ada jual merchandise macam hoodie jenama dia tu.
Hasilnya, Soloz boleh meyara hidup, beli kereta mahal, dan akhirnya kawin.
Mohd Zailee juga berkongsi beberapa sebab mengapa dia menyokong 'Maharaja Streamer Malaysia' tersebut.
Adakah aku sokong Soloz ? Jawapan Zailee, ya ada beberapa sebab :
1. Soloz ni bukti orang Malaysia pun boleh berjaya dalam bidang video game dari streaming. Boleh berjaya tanpa kena cetus kontroversi bodoh dan tanpa kena maki hamun orang lain nak acah savage macam sesetengah streamer lain. Dia rilekksss je.
2. Soloz ni sangat Humble. Ada peminat menggelar dia 'Mat Bual' kerana dia suka berborak berasama viewer seperti kawanya sendiri. Dia cakap benda macam sombong, tapi kita tahu dari riak muka dia bukan serius pun.
3. Soloz ni pemurah. Dia pernah derma bintang di stream orang lain yang takde view. Sebabnya adalah dia ingin support dan promote komuniti streamers Malaysia ni. Bukan nak berjaya sorang-sorang.
4.Ni paling penting. Soloz buat aku percaya anak Melayu pun boleh berjaya dalam bidang ni kalau kena cara dan sokongan. Dedulu keluar team Fnatic menang tournament Dota, aku tengok ramai yang bukan Melayu jadi ahli. Sejak tu tak percaya orang Melayu pun boleh jadi macam tu. Tapi lepas keluar Soloz persepsi aku berubah.
5. Kita ada Soloz untuk wakil kita vila orang luar berbangga dengan streamers mereka. Di Indonesia bangga dengan Jess No Limit, Lemon , Donkey, etc. Kita ada Soloz, Fredo, Logan, Penjahat, Master Ramen, etc yabg tidak kurang hebatnya.
Sumber : ErinSakura, google.
No comments:
Post a Comment