Saturday, 4 July 2020
5 perkara penting dari KKM hari ini.
Hari ini bersamaan 4 Julai 2020 KKM telah memberi tahu kita 5 perkara penting berkaitan perkembangan terkini jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia yang disampaikan oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan media.
Yang pertama, terdapat 10 kes baharu yang dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 8,658 kes. 7 darinya adalah kes import manakala 3 lagi adalah jangkitan tempatan.
Yang kedua, 15 kes telah pun pulih dan dibenarkan disjac. Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya ialah 8,461 kes bersamaan 97.72% daripada jumlah keseluruhan kes.
Seterusnya, tiada kes kematian baharu dicatatkan. Jumlah kematian kekal pada angka 121 kes atau 1.39% daripada jumlah keseluruhan kes.
Selain itu, kluster Pudu yang membabitkan kluster kediaman di Wilayah Persekutuan disahkan tamat. Seramai 3,387 individu disaring dan 80 kes disahkan positif COVID-19.
Akhir sekali, 6 orang pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini didapati bergejala, 98 pengundi dirujuk ke khemah rawatan, manakala seorang dirujuk ke Klinik Kesihatan untuk rawatan lanjut.
Ini antara 5 perkara penting yang diberitahu oleh KKM semasa sidang media harian pada hari ini.
#kitajagakita
Sumber : Astro Awani, Google.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYYsgUgBXd4JC_GxBCmDbR_XUyzl4bEwY21Ihv9fdMFJA6PIJJxS3odr8TBB4xPe8qSf3vnZUVppqHaVnpf-bY-leMczLzbTfKRA32MDk8kiL5BduIrh_JekKYlfapYQ3YDbupL1tgkso9/w382-h217/bpr-2021.jpg)
-
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas di televisyen hari ini. Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapa...
-
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri adalah satu helah. Ini adalah langkah unt...
-
KUALA LUMPUR : Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik sebanyak lima sen manakala bagi diesel pula naik sebanyak dua sen bagi tempo...
No comments:
Post a Comment