Tuesday, 28 July 2020

Program Subsidi Petrol dihentikan ?




KUALA LUMPUR : Program Subsidi Petrol (PSP) tidak akan dilaksanakan kerajaan buat masa ini bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat.

Datuk Rosol Wahid selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, keputusan tersebut adalah untuk mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi dikenakan terhadap penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Untuk makluman pada 9 Julai 2020 KPDNHEP dan Kementerian Kewangan mengadakan satu mesyuarat untuk hala tuju PSP dan memutuskan dua perkara pertama KPDNHEP telah bersetuju tidak melaksanakan PSP dan Kementerian Kewangan akan menyediakan memorandum Jemaah Menteri untuk memuktamadkan PSP tersebut.

"Sebab tidak dilaksanakan adalah mengelakkan salah faham di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, hanya penduduk Semenanjung sahaja terlibat subsidi ini dan mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi antara Semenanjung, Sabah Sarawak dan Labuan dan bagi kelompok M40 merela hanya akan menikmati potongan harga semasa mengisi petrol di stesen minyak kerana diberikan kad minyak subsidi.

"Ini menimbulkan keraguan di kalangan rakyat berkenaan ketelusan dan pemberian subsidi ini," katanya.

Beliau turut menjawab soalan, Shaharizuirnain Abd. Kadir (PN-Setiu) yang mahu tarikh baharu pelaksanaan PSP setelah ia ditangguhkan oleh Kabinet.

PSP yang bermula Januari 2020 sebelum ini ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diumumkan kerajaan kemudian.

Harga petrol RON95 juga masih di bawah paras ditetapkan PSP iaitu sebanyak RM2.08 seliter, katanya.



Sumber : Astro Awani.

No comments:

Post a Comment

  KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...