Saturday, 4 July 2020

Kolaborasi ahli 'Guns N' Roses' dan artis AS lain bersama dengan ratu rock Malaysia.




Kedutaan AS yang berada di Kuala Lumpur melancarkan rendisi baru lagu Standing In The Eyes Of The World untuk menyambut ulang tahun ke-244 kemerdekaan AS kelmarin.

Apa yang menarik adalah kita dapat menyaksikan kolaborasi di antara pemuzik Malaysia dan AS.

Lagu asal nyanyian ratu rock Malaysia, Ella, disusun semula oleh Helen Yap dan dinyanyikan dalam dwibahasa, serta disiarkan di laman Youtube rasmi kedutaan AS.

Tiupan seruling oleh pemuzik tempatan iaitu Mohar Mohram atau nama sebenarnya Muhardiman Ismail memulakan Music Video itu sebelum dilanjutkan dengan nyanyian penyanyi-penyanyi dari AS.

Dalam music video itu Rolin Alexis dan Chris Rossi dari kumpulan reVoiced turut berharmoni menyanyikan korus lagu itu yang cukup ikonik.

Ella juga turut menyumbangkan suara dalam nyanyian itu, selain Zee Avi turut menyanyi dalam bahasa inggeris.

Penyanyi AS yang begitu lagenda juga turut serta iaitu Ron "Bumblefoot" Thal yang merupakan mantan gitaris Guns N' Roses, serta Tony Memmel, Gabrielle Stravelli, Farewell Angelina, serta pemuzik lain.

Lagu Standing In The Eyes Of The World ini merupakan hasil ciptaan Wah Idris bersama penyanyi dan komposer warga AS David Gates, merupakan lagu tema untuk Sukan Komanwel 1998.

Untuk melihat Music Video yang unik ini boleh terus tekan link dibawah :

https://www.youtube.com/watch?v=jyUMqcqs64Y


Selamat berhujung minggu.



Sumber : Malaysiakini, Google.

No comments:

Post a Comment

  KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...