Tuesday, 28 July 2020
Program Subsidi Petrol dihentikan ?
KUALA LUMPUR : Program Subsidi Petrol (PSP) tidak akan dilaksanakan kerajaan buat masa ini bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat.
Datuk Rosol Wahid selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, keputusan tersebut adalah untuk mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi dikenakan terhadap penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Untuk makluman pada 9 Julai 2020 KPDNHEP dan Kementerian Kewangan mengadakan satu mesyuarat untuk hala tuju PSP dan memutuskan dua perkara pertama KPDNHEP telah bersetuju tidak melaksanakan PSP dan Kementerian Kewangan akan menyediakan memorandum Jemaah Menteri untuk memuktamadkan PSP tersebut.
"Sebab tidak dilaksanakan adalah mengelakkan salah faham di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, hanya penduduk Semenanjung sahaja terlibat subsidi ini dan mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi antara Semenanjung, Sabah Sarawak dan Labuan dan bagi kelompok M40 merela hanya akan menikmati potongan harga semasa mengisi petrol di stesen minyak kerana diberikan kad minyak subsidi.
"Ini menimbulkan keraguan di kalangan rakyat berkenaan ketelusan dan pemberian subsidi ini," katanya.
Beliau turut menjawab soalan, Shaharizuirnain Abd. Kadir (PN-Setiu) yang mahu tarikh baharu pelaksanaan PSP setelah ia ditangguhkan oleh Kabinet.
PSP yang bermula Januari 2020 sebelum ini ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diumumkan kerajaan kemudian.
Harga petrol RON95 juga masih di bawah paras ditetapkan PSP iaitu sebanyak RM2.08 seliter, katanya.
Sumber : Astro Awani.
Sunday, 26 July 2020
Angkara dadah sanggup pukul Ibu kandung sendiri
BEAUFORT : Anggota polis telah menembak mati seorang suspek yang disyaki dibawah pengaruh dadah selepas gagal memujuknya untuk menyerah diri, di Kg Indomadi, di sini, pagi semalam.
Difahamkan bahawa, sebelum trajedi itu berlaku suspek terlibat dilaporkan memukul ibu kandungnya sendiri hingga tidak sedarkan diri, malah turut menetak bapa saudaranya.
Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abd Razak kerika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun belum ada maklumat yang lain dapat dikongsikan setakat ini.
Sumber : Utusan Borneo
Saturday, 25 July 2020
Pernah dengar ayat ni "Serius la Montoon ???" ni kisahnya.
Siapa pernah dengar ayat "Seriuss laa muntuunn" ?
Ha ayat ni adalah tagline bagi seorang streamer nombor 1 Malaysia tak lain tak bukan Soloz atau nama sebenarnya Faris Zakaria. Kejayaanya dalam bidang e-sports bukan saja mengharumkan nama tanah air, tapi turut membuka mata ramai pihak apabila berjaya memiliki kereta mewah Ford Mustang. Hujung minggu lalu, namanya sekali lagi trending apabila akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihanya sendiri.
Namun walaupun kejayaan besar yang dicapai Soloz, tetap ada yang memperlekehkan kerjayanya.
Memandangkan ia tak sama dengan kerjaya yang lain, maka ramai pihak seolah-olah telah memperlekehkan kerjaya streamers yang diceburi lelaki berusia ini. Setelah kemunculan pengguna Facebook bernama Mohd Zailee terpanggil untuk mengubah 'mindset' negatif tersebut. Zailee telah mendedahkan hasil kejayaan yang telah dikecapi.
Mohd Zailee berkata, selepas dua hari Soloz kahwin. Ramai yang buat-buat tanya siapa Soloz ni. Ada yang betul-betul tak kenal dan ada juga yang buat-buat tak kenal.
Yang buat-buat tak kenal ni mungkin sebab nak perlekeh bidang kerjaya Soloz yang kerjanya main game 24 jam. Mungkin sebab kerja main game ni tak adventurous, tak khudrat, dan tak perlu ke lapangan sama macam kerja-kerja konvensional. Jadinya, kenalah pandang lekeh. Barulah nampak power. Kita kan kenal orang kita macam mana. Kena perlekeh orang untuk up diri sendiri.
Aku ni buat aktiviti main game hanyalah sekadara hobi. Aku ada kerja hakiki iaitu sebagai guru sekolah menengah. Main kat PC, Konsul, dan sekarang main kat talipon. Jangan sampai aku post senarai game yang aku dah main. Aku rasa aku di posisi yang unik untuk bahas benda ni.
Balik cerita Soloz. Aku pun follow Soloz sebenarnya. Selalu buka video dia di Youtube dan Facebook. Budak-budak ramai follow dia sebab dia tak suka mencarut. Kalau kalah tak menjerit atau maki hamun.
Dulu sebelum bergelar streamers Soloz merupakan seorang pemain pertandingan-pertandingan besar dalam Game Mobile Legends. Namun setelah beberapa tahun kemudian dia memilih untuk lebih fokus kepada bidang streamers ni. Setiap kali dia buat live, view berpuluh-puluh ribu. Dekat section Facebook Gaming tu memang sentiasa trending nombor 1. Lepas tu bila dia reupload dekat Youtube, paling bodo pung dapat 400k view kurang dari seminggu. Dia juga ada jual merchandise macam hoodie jenama dia tu.
Hasilnya, Soloz boleh meyara hidup, beli kereta mahal, dan akhirnya kawin.
Mohd Zailee juga berkongsi beberapa sebab mengapa dia menyokong 'Maharaja Streamer Malaysia' tersebut.
Adakah aku sokong Soloz ? Jawapan Zailee, ya ada beberapa sebab :
1. Soloz ni bukti orang Malaysia pun boleh berjaya dalam bidang video game dari streaming. Boleh berjaya tanpa kena cetus kontroversi bodoh dan tanpa kena maki hamun orang lain nak acah savage macam sesetengah streamer lain. Dia rilekksss je.
2. Soloz ni sangat Humble. Ada peminat menggelar dia 'Mat Bual' kerana dia suka berborak berasama viewer seperti kawanya sendiri. Dia cakap benda macam sombong, tapi kita tahu dari riak muka dia bukan serius pun.
3. Soloz ni pemurah. Dia pernah derma bintang di stream orang lain yang takde view. Sebabnya adalah dia ingin support dan promote komuniti streamers Malaysia ni. Bukan nak berjaya sorang-sorang.
4.Ni paling penting. Soloz buat aku percaya anak Melayu pun boleh berjaya dalam bidang ni kalau kena cara dan sokongan. Dedulu keluar team Fnatic menang tournament Dota, aku tengok ramai yang bukan Melayu jadi ahli. Sejak tu tak percaya orang Melayu pun boleh jadi macam tu. Tapi lepas keluar Soloz persepsi aku berubah.
5. Kita ada Soloz untuk wakil kita vila orang luar berbangga dengan streamers mereka. Di Indonesia bangga dengan Jess No Limit, Lemon , Donkey, etc. Kita ada Soloz, Fredo, Logan, Penjahat, Master Ramen, etc yabg tidak kurang hebatnya.
Sumber : ErinSakura, google.
Wednesday, 15 July 2020
Sukan kegemaran ramai dibenarkan mulai hari ini.
PUTRAJAYA : Penantian peminat bola sepak negara akhirnya termakbul selepas kerajaan telah membenarkan sukan kegemaran ramai itu mulai hari ini bersamaan 15 Julai.
Sukan ini merupakan aktiviti kejohanan dan pertandingan yang dibenarkan tanpa ada penonton dan perlu dilangsungkan di peringkat negara sahaja.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) dalam masa terdekat.
"Justeru, sukan yang bersentuhan fizikal bagi sukan berpasukan seperti bola sepak, rabgi, hoki, sepak takraw dan skuasy dibenarkan bermula 15 Julai ini
"Antara kejohanan untuk sukan berpasukan adalah Liga Super dan Liga Perdana bagi bola sepak, Liga Hoki Malaysia (MHL), Liga Sepak Takraw (STL) dan Liga Ragbi. Semua liga tersebut dibenarkan untuk memulakan pertandingan mereka nanti," katanya dalam sidang media, di sini pada jumaat.
Ismail Sabri juga turut menjelaskan pelaksanaan aktiviti sukan berpasukan hendaklah diadakan dalam keadaan yang terkawal oleh operator premis.
Beliau juga berkata penganjur acara perlu mematuhi prosdure operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk SOP Am Pengurusan, SOP Am Pra-Penganjuran dan SOP Am Penganjuran.
Antara SOP tersebut ialah :
- Kawalan bilangan petugas dan pengguna dihadkan dan mengikut sesi dan keluasan premis.
- Setiap peserta atau pemain yang masuk perlu memuat turun aplikasi MySejahtera; disaring suhu badan dan gejala sakit.
- Peralatan perlu dibersib atau dinyahkuman selepas setiap penggunaan.
- Menggalakkan pengguna membuat tempahan atau pengesahan dalam talian atau melalui telefon sebelum hadir ke premis.
Sumber : Astro Awani.
Monday, 13 July 2020
Tuntutan Kerusi DUN Kuala Penyu dan Parlimen Beaufort.
KOTA KINABALU : Pergerakan Wanita UMNO bahagian Beaufort meminta agar UMNO meletakkan calonnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Kuala Penyu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang yang sebelum ini diserahkan kepada UPKO kerana terikat dengan konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional.
Siti Aminah Aching selaku Ketua Wanita UMNO Beaufort berkata, Wanita UMNO bahagian itu menuntuk kerusi tersebut kerana ADUNnya sekarang Datuk Limus Jury telah mengumumkan keluar dari UPKO dan menjadi ADUN bebas.
"Sebelum ini kita berikan laluan kepada UPKO sebagai komponan BN, tapi pada PRU ke 15 ini UMNO perlu dikehadapankan memandangkan kini UPKO bukanlah dalam komponen BN. Katanya.
Bagi menyokong fakta tuntutan ini Aminah berkata kemenangan UPKO yang mewakili BN dalam PRU ke 14 lalu di kawasan ini adalah hasil sokongan padu oleh ahli UMNO di kawasan Beaufort.
"Berasaskan kepada fakta ini ada kewajarannya UMNO menuntut kerusi ini termasuk kawasan Parlimen Beaufort tidak kira siapa calon asalkan dari UMNO," jelas Siti Aminah bagi menyokong saranan Bung.
Kenyataan Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu susulan pengumuman Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa UMNO Sabah boleh memilih untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah.
Pada PRU lepas, sebanyak 14 kerusi ditandingi UMNO Sabah. Namun parti itu tewas di tujuh kerusi iaitu di Kota Belud, Sepanggar, Papar, Tenom, Silam, Semporna dan Kalabakan.
Thursday, 9 July 2020
artis yang dapat 32 juta view di laman sosial, SERIES LAA GAIS siapa ni??
![]() |
?????? |
Haa mesti kamu tertanya-tanya siapa yang top sangat ni kan?
Teruskan kebawah gais.
Dalam dunia seni dan hiburan Malaysia, satu pencapaian yang tertinggi pernah dicapai beliau menurut apa yang saya ketahui melalui Malaysiakini. Dengan mencecah 32 juta tontotan di laman sosial guys, bukan biasa-biasa ni.
Beliau amat berterima kasih kepada mereka selalu melawati instagramnya.
"Terharu sangat-sangat 32 juta melihat saya di ruangan media sosial."katanya
Beliau merupakan seorang usahawan kosmetik yang berjaya di Malaysia. Pencapaian sebanyak 32 juta dimaksudkan beliau itu adalah jumlah impression atau total post yang sudah dilihat di instagram miliknya.
Sebagai seorang yang berjaya, beliau ingin membantu mereka yang ingin menggunakan dirinya sebagai alternatif promosi untuk mengulas produk perniagaan yang menjadi permintaan atau gaya sekarang.
Turun Bawah Untuk Tahu Siapa Dia
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Siapa usahawan ni sebenarnya?
Ni dia, Nama penuh beliau adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau nama familiarnya Nur Sajat.
Hehehe jangan marah ya guys, jangan kecam saya, saya cuma share info dalam bidang seni dan hiburan Malaysia terkini saja.
Niat dah betul dah nak bantu orang tapi itulah salah cara. Ok lah guys thank you yang sudi baca sampai habis jumpa lagi next episod di @BeaufortTown,Hiburan.
Sumber : Malaysiakini, Google
Monday, 6 July 2020
Hobi yang berpotensi dalam Industri Hiasan, ini satu peluang kepada peminat hobi ini.
Bercakap tentang hobi, kini Malaysia amat 'trending' dengan hobi membela ikan laga. Banyak rakyat-rakyat diseluruh Malaysia meminati ikan laga bermula sejak beberapa tahun lepas. Hal ini mungkin kerana ikan laga merupakan ikan cantik yang mudah dipelihara dan mempunyai ciri-ciri yang amat unik.
Keunikan ikan ini merupakan salah satu kunci mengapa ramai rakyat Malaysia meminati hobi ini. Malahan, ada sesetengah peminat ikan laga yang tegar sanggup membeli ikan-ikan tersebut walaupun harganya agak mahal bagi spesis yang berkualiti tinggi untuk dijadikan koleksi mahupun untuk dibiakan.
Bermulanya dari sebuah hobi memelihara ikan laga atau nama familiarnya 'BETTA FISH', kini hobi ini mempunyai potensi yang sangat tinggi dalam bidang ekonomi negara. Beberapa hari lepas Berita TV3 ada menyiarkan berkenaan hobi ini. Malaysia berhasrat untuk menjadi salah satu negara pengeksport Betta Fish.
Link berita Tv3 : https://www.youtube.com/watch?v=FmalxKLOmhg
Oleh hal yang demikian, dengan hasrat tersebut para pembiak ikan laga diseluruh Malaysia bakal-bakal mempunyai peluang untuk meraih pendapatan yang lebih tinggi hasil daripada sebuah hobi yang diminati. Ini adalah satu kejutan bagi kita semua.
Apa lagi, para pemula mahupun sifu dalam hobi ini jangan tunggu lama-lama rebut peluang keemasan yang diberi oleh Kerajaan ini. Majulah hobi ini untuk diri sendiri dan negara.
Sumber : Sinarplus, Google.
Keunikan ikan ini merupakan salah satu kunci mengapa ramai rakyat Malaysia meminati hobi ini. Malahan, ada sesetengah peminat ikan laga yang tegar sanggup membeli ikan-ikan tersebut walaupun harganya agak mahal bagi spesis yang berkualiti tinggi untuk dijadikan koleksi mahupun untuk dibiakan.
Bermulanya dari sebuah hobi memelihara ikan laga atau nama familiarnya 'BETTA FISH', kini hobi ini mempunyai potensi yang sangat tinggi dalam bidang ekonomi negara. Beberapa hari lepas Berita TV3 ada menyiarkan berkenaan hobi ini. Malaysia berhasrat untuk menjadi salah satu negara pengeksport Betta Fish.
Link berita Tv3 : https://www.youtube.com/watch?v=FmalxKLOmhg
Oleh hal yang demikian, dengan hasrat tersebut para pembiak ikan laga diseluruh Malaysia bakal-bakal mempunyai peluang untuk meraih pendapatan yang lebih tinggi hasil daripada sebuah hobi yang diminati. Ini adalah satu kejutan bagi kita semua.
Apa lagi, para pemula mahupun sifu dalam hobi ini jangan tunggu lama-lama rebut peluang keemasan yang diberi oleh Kerajaan ini. Majulah hobi ini untuk diri sendiri dan negara.
Sumber : Sinarplus, Google.
Sunday, 5 July 2020
Movie pendek tentang COVID-19 ni BEST! rugi tak tengok.
Hello semua, kali ini saya ingin share pula tentang sebuah Channel Youtube yang mereka pelbagai movie-movie pendek yang best. Saya terlihat ada satu Movie pendek yang berkaitan tentang isu kita sekarang iaitu COVID-19. Movie pendek tersebut bertajuk 'HEROES UNITED : CORONAVIRUS.
Movie pendek ini menceritakan tentang bersatunya Hero-hero bumi seperti Marvel Avengers, DC Comic, Anime, Wrestling,karakter didalam video game GTA San Andreas dan banyak lagi untuk melawan Coronavirus yang merupakan musuh mereka. Apa yang dapat saya katakan movie pendek ini amat mantap. Memang rugi tak tengok guys.
Pergi Link Ini untuk layan Movie pendek tentang COVID-19 :
https://www.youtube.com/watch?v=WRnPOSoljX0
Selamat melayan movie pendek semua.
Tak lupa kepada Frontliners yang telah berjuang, mereka adalah Hero yang sebenar-benarnya bagi kita di alam nyata.
Saturday, 4 July 2020
Kolaborasi ahli 'Guns N' Roses' dan artis AS lain bersama dengan ratu rock Malaysia.
Kedutaan AS yang berada di Kuala Lumpur melancarkan rendisi baru lagu Standing In The Eyes Of The World untuk menyambut ulang tahun ke-244 kemerdekaan AS kelmarin.
Apa yang menarik adalah kita dapat menyaksikan kolaborasi di antara pemuzik Malaysia dan AS.
Lagu asal nyanyian ratu rock Malaysia, Ella, disusun semula oleh Helen Yap dan dinyanyikan dalam dwibahasa, serta disiarkan di laman Youtube rasmi kedutaan AS.
Tiupan seruling oleh pemuzik tempatan iaitu Mohar Mohram atau nama sebenarnya Muhardiman Ismail memulakan Music Video itu sebelum dilanjutkan dengan nyanyian penyanyi-penyanyi dari AS.
Dalam music video itu Rolin Alexis dan Chris Rossi dari kumpulan reVoiced turut berharmoni menyanyikan korus lagu itu yang cukup ikonik.
Ella juga turut menyumbangkan suara dalam nyanyian itu, selain Zee Avi turut menyanyi dalam bahasa inggeris.
Penyanyi AS yang begitu lagenda juga turut serta iaitu Ron "Bumblefoot" Thal yang merupakan mantan gitaris Guns N' Roses, serta Tony Memmel, Gabrielle Stravelli, Farewell Angelina, serta pemuzik lain.
Lagu Standing In The Eyes Of The World ini merupakan hasil ciptaan Wah Idris bersama penyanyi dan komposer warga AS David Gates, merupakan lagu tema untuk Sukan Komanwel 1998.
Untuk melihat Music Video yang unik ini boleh terus tekan link dibawah :
https://www.youtube.com/watch?v=jyUMqcqs64Y
Selamat berhujung minggu.
Sumber : Malaysiakini, Google.
5 perkara penting dari KKM hari ini.
Hari ini bersamaan 4 Julai 2020 KKM telah memberi tahu kita 5 perkara penting berkaitan perkembangan terkini jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia yang disampaikan oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan media.
Yang pertama, terdapat 10 kes baharu yang dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 8,658 kes. 7 darinya adalah kes import manakala 3 lagi adalah jangkitan tempatan.
Yang kedua, 15 kes telah pun pulih dan dibenarkan disjac. Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya ialah 8,461 kes bersamaan 97.72% daripada jumlah keseluruhan kes.
Seterusnya, tiada kes kematian baharu dicatatkan. Jumlah kematian kekal pada angka 121 kes atau 1.39% daripada jumlah keseluruhan kes.
Selain itu, kluster Pudu yang membabitkan kluster kediaman di Wilayah Persekutuan disahkan tamat. Seramai 3,387 individu disaring dan 80 kes disahkan positif COVID-19.
Akhir sekali, 6 orang pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini didapati bergejala, 98 pengundi dirujuk ke khemah rawatan, manakala seorang dirujuk ke Klinik Kesihatan untuk rawatan lanjut.
Ini antara 5 perkara penting yang diberitahu oleh KKM semasa sidang media harian pada hari ini.
#kitajagakita
Sumber : Astro Awani, Google.
Friday, 3 July 2020
Berita baik mengenai bil elektrik.
Hari ini 3 Julai bersamaan hari jumaat, kita telah menerima satu berita baik yang dipetik daripada Astro Awani berkaitan bil elektrik.
Sebelum ini, rakyat telah diberikan diskaun bil elektrik yang telah diumumkan bagi tempoh April hingga September 2020. Berita baiknya adalah diskaun tersebut telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.
Lanjutan diskaun itu membabitkan semua pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Perkara ini sedikit sebanyak akan mampu meringankan beban pihak-pihak yang terjejas akibat daripada penularan wabak COVID-19.
Sumber : Astro Awani, Google.
Wednesday, 1 July 2020
Sidang Media Khas Rabu ini kata Dr Radzi Jidin.
Pembukaan sekolah secara sepenuhnya akan dilakukan secara berperingkat bermula 15 Julai ini.
Namun, hanya aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sahaja yang dibenarkan tanpa ada aktiviti kokurikulum.
Dr Radzi Jidin selaku Menteri Kanan Pendidikan, memaklumkan bahawa pelaksanaan aktiviti tambahan atau kokurikulum termasuk sukan atau perhimpunan, adalah tidak dibenarkan pada masa ini.
Pelajar-pelajar yang hadir ke sekolah hanya untuk menjalani sesi PdP sahaja buat masa ini. Namun begitu, perbincangan akan dilakukan tentang aktiviti lain dan keputusan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," Katanya pada sidang media khas pada Rabu.
Beliau juga turut berkata, kantin sekolah pula dibenarkan beroperasi namun waktu rehat pelajar perlu dilaksanakan secara berperingkat dan makanan perlu dibungkus terlebih dahulu. Dalam pada itu, pelajar lebih digalakkan untuk membawa bekal sendiri dari rumah, katanya.
Sementara itu, bagi sekolah berasrama pula akan dibuka semula mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing.
"Asrama yang mempunyai kapasiti mencukupi setelah mengambil kira penjarakan sosial akan beroperasi seperti biasa.
"Bagi asrama yang mempunyai kapasiti ruang terhad, hanya sebahagian murid sahaja dibenarkan tinggal di asrama.
"Pada peringkat awal kemasukan, murid hanya menggunakan katil bawah sahaja. Namun, selepas tempoh 14 hari, kumpulan murid baharu dibenarkan masuk ke asrama dengan menempatkan murid sedia ada di katil atas manakala murid baharu di katil bawah," katanya.
Beliau juga berkata, rutin prosedur itu diteruskan sehingga semua murid dapat tinggal di asrama.
"Untuk asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari dari 24 Jun 2020." tambah Dr Radzi.
Sumber : Astro Awani, Google.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYYsgUgBXd4JC_GxBCmDbR_XUyzl4bEwY21Ihv9fdMFJA6PIJJxS3odr8TBB4xPe8qSf3vnZUVppqHaVnpf-bY-leMczLzbTfKRA32MDk8kiL5BduIrh_JekKYlfapYQ3YDbupL1tgkso9/w382-h217/bpr-2021.jpg)
-
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas di televisyen hari ini. Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapa...
-
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri adalah satu helah. Ini adalah langkah unt...
-
KUALA LUMPUR : Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik sebanyak lima sen manakala bagi diesel pula naik sebanyak dua sen bagi tempo...