Friday, 22 May 2020

'bekalan keperluan harian mencukupi orang awam tidak perlu risau'-Beaufortown




KOTA KINABALU: Bekalan barangan keperluan harian bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan masih mencukupi.Orang awam tidak perlu berasa bimbang.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung, berkata walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selain penularan wabak COVID-19, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan 2020 wajar dilaksanakan.




"Ia disebabkan permintaan pengguna ke atas barang keperluan harian tertentu untuk sambutan perayaan adalah masih tinggi.
"Bagaimanapun, tiada jaminan peningkatan harga tidak akan berlaku di pasaran walaupun bekalan barangan keperluan semasa mencukupi.
"Oleh itu, perlunya pelaksanaan skim bagi kedua-dua perayaan ini dibuat dengan beberapa penyesuaian tempoh masa dan barangan untuk memberi ruang kepada peniaga, memulihkan perniagaan mereka selepas melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Dan kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tanpa menjejaskan kepentingan pengguna mahupun peniaga," katanya pada sidang media selepas Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan 2020 di Bataras Kolombong, dekat sini, semalam.
Yang turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, Georgie Abas.
Sementara itu, Frankie berkata, 10 jenis barangan untuk ditentukan harga maksimum bagi pelaksanaan skim terbabit telah dikenalpasti oleh KPDNHEP Sabah sempena Aidilfitri manakala 11 barangan ditetapkan untuk skim harga untuk Pesta Kaamatan 2020.
"Antara barangan ini termasuklah ayam segar, ayam super, telur ayam gred A, B dan C serta daging kerbau import (India).
"Tarikh kuat kuasa skim harga maksimum untuk Hari Raya berlangsung selama 15 hari bermula 20 Mei hingga 3 Jun.
"Skim harga maksimum untuk Pesta Kaamatan pula akan bermula pada 28 Mei hingga 3 Jun iaitu selama tujuh hari," katanya.
Oleh hal demikian, kita sebagai rakyat Sabah tidak perlu panik terhadap bekalan keperluan harian kerana kita mempunyai bekalan yang mencukupi untuk semua orang.

Sumber : Berita Harian Online

Thursday, 21 May 2020

'Rakyat harus patuh SOP menjelang Aidilfitri'-Beaufortown




KOTA KINABALU: Seluruh rakyat disarankan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk mematuhi setiap arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) menjelang Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi. Setiap rakyat khususnya di Sabah amat diharapkan untuk patuh terhadap arahan ini untuk kebaikan bersama.

Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling berkata,"Biasanya semasa hari raya akan ada program ziarah dan rumah terbuka. Selain itu ziarah tanah perkuburan juga menjadi satu kebiasaan bagi masyarakat Islam. Bagaimanapun hari raya tahun ini pasti sangat berbeza," katanya.

Masyarakat perlu memahami bahawa setiap prosedur yang ditetapkan adalah bertujuan bagi kepentingan umum demi keselamatan dan kesihatan semua.

Beliau juga turut berkata masyarakat kini terpaksa hidup dengan norma baharu.Seperti tahun-tahun yang lalu kebiasaan pada musim perayaan seperti bersalaman dan berziarah adalah perkara yang normal namun raya pada tahun ini ia adalah satu perkara yang dilarang.Dalam kata lain suasana itu akan lenyap pada tahun ini demi menjaga sesama sendiri daripada risiko jangkitan Covid-19.

"Saya sangat berharap semua masyarakat mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Saya pasti kerajaan tidak lakukan semua perkara ini dengan sesuka hati. Semuanya yang dilakukan adalah bersebab dan sangat perlu untuk keselamatan semua".

"Keadaan negara nampaknya semakin baik daripada ancaman COVID-19. Saya yakin ia akan jadi lebih baik jika semua pihak memberi kerjasama terbaik," katanya.
Oleh itu, demi menjaga keselamatan semua kita haruslah patuh kepada segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
#kitajagakita

Sumber : Utusan Borneo Online

Tuesday, 19 May 2020

'Jangan bawa anak kecil ke tempat awam' - Beufortown





Tindakan penguatkuasaan mungkin akan dikenakan kepada ibu bapa yang masih berdegil membawa anak kecil ke tempat awam tanpa sebarang urusan penting 
- Dr Noor Hisham Abdullah

Setakat ini, KKM dan MKN masih menggunakan pendekatan lembut dengan menasihati ibu bapa terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

Dr Noor Hisham Abdullah

Beliau menjawab soalan pemberita sama ada KKM akan mengeluarkan sebarang arahan berhubung tindakan ibu bapa yang membawa anak pergi ke tempat awam tanpa urusan penting sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, pematuhan SOP masih perlu dipertingkatkan walaupun kes positif jangkitan Covid-19 sepanjang tempoh dua minggu pelaksanaan PKPB ini kekal mencatatkan dua angka, setakat ini.
Beliau berkata, pematuhan SOP seluruh rakyat penting sebelum pelaksanaan 'exit strategy' dipertimbangkan, jika tidak PKPB berkemungkinan dilanjutkan.
"Sekarang ini kita bukan bincang pasal 'exit strategy’, kita hanya beri kelonggaran iaitu PKPB.
"Kalau patuh dan mencatatkan (kes positif) dua angka, mungkin kita akan pertimbangkan sama ada kita perlu ‘exit strategy’," katanya.
Oleh hal demikian, ibubapa digesa agar tidak membawa anak-anak kecil ke tempat awam tanpa ada sebarang urusan penting.Ini adalah demi mematuhi perintah kerajaan dan menjaga keselamatan anak-anak kecil kita.

Sumber : Malaysiakini.

Monday, 18 May 2020

'Jom Bayar Saman Dengan Diskaun 50% 18-21 Mei'


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun hingga 50 peratus bagi bayaran saman terpilih yang dibuat secara dalam talian, selama empat hari dari 18 hingga 21 Mei ini.
Pembayaran saman dalam talian itu boleh dibuat menerusi portal berikut :



Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias

berkata diskaun itu dibuat kerana beliau paham bahawa kekangan kewangan dihadapi orang ramai akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Kita juga akan membuka kaunter perkhidmatan membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen secara berperingkat, mulai 18 Mei ini," katanya dalam satu kenyataan, pada 15 Mei lalu.
Beliau berkata, ini bertujuan memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.
Pembukaan kaunter bagi kontinjen Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan adalah pada : 
Isnin dan Rabu - 9:00 pagi hingga 2:00 petang
Jumaat - 9:00 pagi hingga 12:00 tgh hari.
Bagi kontinjen di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu pula, kaunter akan dibuka pada
 Isnin,Rabu serta Ahad - 9:00 pagi hingga 2:00 petang.
Beliau turut menyeru agar orang ramai yang ingin berurusan di kaunter supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sepenuhnya seperti yang telah ditetapkan.
Beliau juga berkata "Orang ramai diminta sentiasa mematuhi PKPB yang sedang dikuatkuasakan demi kebaikan bersama,"

Sumber : Google, Berita Harian.

Sunday, 10 May 2020

"Masih Ada Yang Tercicir BPN"



Peniaga yang membuat rayuan untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mendapat kejutan yang agak mengecewakan pagi semalam apabila kelayakan mereka dibatalkan kerana mereka tatau pasangan mereka mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat (SSM).

Sebagai pulanganya, mereka diberitahu untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKS), bantuan bejumlah RM3,000 yang diberikan sekali sahaja untuk perniagaan skala mikro yang tidak perlu dibayar balik.

BPN adalah bantuan bagi isi rumah golongan B40 yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan. BPN berjumlah RM1,600 dengan pembayaran berperingkat dalam dua fasa.

Peguam dan Setiausaha Politik MP Iskandar Puteri, Syahredzan Johan berkata BPN bertujuan meneruskan kelangsungan hidup manakala GKS pula bantuan untuk perniagaan.
"Syahredzan Johan"

Katanya, permohonan GKS cuma dibuka pada bulan ini.

"Bayangkan, mohon BPN April. Mei dapat tahu tidak layak. Kena mohon GKS pula, itupun kalau layak. Jun baru boleh dapat duit. Habis dua ke tiga bulan sebelum itu macam mana pula?"



Malaysiakini telah menghubungi Kementrian Kewangan untuk mendapatkan maklum balas.

Awal kelmarin, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan kerajaan menerima 2.3 juta permohonan baru untuk BPN setelah proses rayuan yang diteliti oleh Lembaha Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jumlah penerima BPN kini berjumlah 10.6 juta orang.

Sumber : Malaysiakini

Saturday, 9 May 2020

>>10 Mei 2020<< Perutusan khas PM Muhyiddin Yassin.



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas di televisyen hari ini.

Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapan pada jam 2 petang dan perutusan itu akan disiarkan di semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani serta rangkaian media sosial Muhyiddin, termasuklah Facebook, Twitter dan Youtube.

Negara kita melaksanakan PKP bermula pada 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19, selepas hampir 2 bulan, negara nampaknya bersedia mengakhiri perintah sekatan berkenaan. Kerajaan telah mula melonggarkan PKP pada 4 Mei, dengan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB).

Banyak perniagaan dibuka semula dengan menitikberatkan langkah penjarakan sosial yang ketat dan sejurus dengan itu aktiviti riadah yang tidak melibatkan aktiviti berkumpulan turut dibenarkan.Bagaimanapun, perhimpunan umum bagi tujuan keagamaan masih lagi dilarang.

Apapun, mari sama-sama kita nantikan Perutusan Khas PM pada jam 2 petang nanti.


Sumber : Malaysiakini.

Friday, 8 May 2020

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 5 Negeri Sabah.


PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TAHAP 5 DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 2020 SECARA BERPERINGKAT DI NEGERI SABAH.


Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk membenarkan sektor pembinaan, penyelenggaraan dan sektor perhutanan beroperasi mulai daripada 08 Mei 2020.

>>SEKTOR PEMBINAAN DAN PENYELENGGARAAN<<

1. Kerja-kerja pembinaan bangunan, infrastruktur, kemudahan awam, lanskap dan lain- lain  sektor pembinaan adalah dibenarkan untuk beroperasi.

2. Aktiviti penyeleggaraan seperti pembaikan dan pemuliharaan infrastruktur, bangunan, kemudahan awam, lanskap, pemotongan rumput, loji, janakuasa, pembentungan,saluran paip air, pengairan dan saliran dan sebagainya juga dibenarkan beroperasi.

3. Aktiviti berkaitan dengan rangkaian dan perkhidmatan sokongan kepada sektor pembinaan dan penyelenggaraan yang meliputi aktiviti kuari batu dan pasir , kilang simen dan klinker, pemotongan bukit dan penimbusan tanah, kedai hardware, pengangkutan bahan binaan dan sebagainya dibenarkan beroperasi.

4. Kerajaan negeri turut memutuskan bahawa kebenaran beroperasi sektor pembinaan dan penyelenggaraan secara bersyarat yang diluluskan sebelum ini di tarik balik dan terbatal dengan sendirinya.


>> SEKTOR PERHUTANAN<<

1. Aktiviti perhutanan huluan seperti peladangan hutan, restorasi hutan, silvikultur, pengeluaran dan pengangkutan hasil-hasil hutan, dan lain-lain aktiviti perhutanan huluan.

2. Aktiviti perhutanan hiliran yang melibatkan kilang papan, kilang vineer, kilang papan lapis, kilang perabot, kilang moulding, dan kilang-kilang lain yang memproses kayu.

3. Rangkaian dan perkhidmatan sokongan terhadap aktiviti huluan dan hiliran perhutanan seperti logistik pengangkutan darat dan laut, gudang, domestik retail serta import dan eksport.


Kebenaran beroperasi sektor-sektor di atas adalah tertakluk kepada Standard Operating Procedure (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan hendaklah disahkan bebas daripada COVID-19 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

-YAB KETUA MENTERI SABAH
08 MEI 2020 , 11.00 PAGI



Sumber info : FB New Sabah Times

  KUALA LUMPUR : Bantuan Prohatin Nasional (BPN 2.0) bakal dicepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021, yang melibatkan 11.1 juta penerima dengan...